Viral di media sosial mengenai kisah seorang pereka fesyen popular tempatan yang menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000.
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Kau Seorang Hutang Ah Long, Habis Satu Taman Kena Simbah Cat’
Pinjam RM25,000
Memetik laporan Harian Metro, pereka fesyen berusia 30-an itu mendedahkan dia berdepan trauma ketakutan kerana diekori, diugut selain diganggu oleh Ah Long setiap hari.
Menurut pereka fesyen tersebut, dia diekori oleh beberapa individu tidak dikenali ketika pulang daripada bekerja dan berjumpa dengan pelanggan di sekitar premis perniagaannya.
Tambahnya lagi, segala tingkah lakunya itu diperhatikan kumpulan terbabit selepas menghadiri acara fesyen terkemuka di ibu negara sejak awal Ogos lagi.
Berbicara lebih lanjut, pereka fesyen itu mengakui dia pernah meminjam wang dengan Ah Long sebanyak RM25,000. Oleh sebab itu, dia berasa bimbang sekiranya berdepan kadar bunga yang makin bertambah disebabkan tidak mampu menyelesaikannya dalam tempoh singkat.
Sumber: Harian Metro