berita

‘Pergi Cycling Bersama, Sertai Usrah’ – Bibit Awal Percintaan Noor Nabila & Engku Imran

March 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui, sebentar tadi kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila telah sah bergelar seorang isteri kepada Engku Emran. Difahamkan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Bagaimanapun, pasangan ini sebelum ini hanya mendiamkan diri dan sama sekali tidak mengiyakan desas-desus yang mengatakan mereka sedang bercinta.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Buat Apa Dalam Kereta Engku Emran?

Artikel Berkaitan: Datang Rumah Join Usrah, Engku Emran & Noor Nabila Sedang Bercinta?

Namun media telah ‘menghidu’ hubungan Nabila dan Engku Emran susulan beberapa foto bersama yang dikongsi oleh mereka menerusi laman sosial masing-masing.

Datang majlis usrah

Foto: Tangkap layar Engku Emran sedang makan di rumah Noor Nabila

Desas-desus mereka berdua dikaitkan bercinta apabila tular sebuah video yang memaparkan Engku Emran yang menghadiri sesi ceramah di rumah Noor Nabila. Bukan itu sahaja, dia dilihat sedang menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Noor Nabila selepas majlis itu tamat.

Perkara tersebut secara tidak langsung menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan netizen adakah mereka berdua mempunyai hubungan yang istimewa. Bahkan, foto mereka berbasikal bersama kawan-kawan yang lain turut dikongsi di laman Instagram Noor Nabila.

Kemuncak kepada gosip percintaan mereka apabila Engku Emran memuat naik sekeping foto yang menunjukkan wajah Noor Nabila yang terpantul daripada paparan radio. Namun, semalam timbul desas-desus yang mengatakan Noor Nabila bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini, namun tiada sebarang respon yang diberikan oleh rakan baiknya sendiri.

‘Takkan semua benda nak kongsi’

Bahkan, menerusi satu temu bual yang dijalankan semalam, tuan empunya badan tidak memberikan sebarang gambaran akan melangsungkan perkahwinannya hari ini.

Saya pernah beritahu, tolong beri saya sedikit privasi. Lagipun saya bukannya seorang artis. Saya mohon maaf, buat masa ini saya tidak boleh komen apa-apa. Kalau semua perkara sudah betul-betul pasti, barulah saya selesa untuk cerita. Saya harap semuanya memahami, terima kasih.

Kisah percintaan Noor Nabila dan Engku Emran bukan sahaja mendapat perhatian netizen dan media Malaysia bahkan media negara jiran Indonesia turut melaporkan tentang kisah percintaan mereka berdua.

Ibu saudara beri respon

Bahkan, ibu saudara kepada Noor Nabila dikenali sebagai Noorintanz, turut terpalit dengan kisah percintaan anak saudaranya. Namun, dia sama sekali tidak mendedahkan apa yang sedang berlaku di antara Noor Nabila dan Engku Emran.

Saya tak nak komen banyak hal-hal orang yang nak dirikan masjid. Bila kita pertikaikan atau kritik, jadi tak baik pulak. Jadi minta tolong, cukuplah tanya hal anak-anak saudara saya nak kahwin ke nak buat apa ke kenapa ke mengapa ke…

Minta tolong faham ya. Jangan stresskan otak dengan hal tiada faedah. Contoh, awak nak kaji siapa nak kahwin, bila dia orang kahwin. Kenapa erk?

Pada masa yang sama, wanita itu meminta supaya netizen hormat akan keputusan mereka sekeluarga yang enggan memberikan sebarang respon berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×