berita

Noor Nabila Buat Apa Dalam Kereta Engku Emran?

March 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nabila bersama Engku Emran

Sebelum ini, bekas isteri pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila terpalit dengan satu kontroversi panas apabila dia didakwa sedang bercinta Engku Emran. Walau bagaimanapun, tiada sebarang respon yang diberikan oleh mereka berdua.

Artikel Berkaitan: Datang Rumah Join Usrah, Engku Emran & Noor Nabila Sedang Bercinta?

Artikel Berkaitan: Digosip Hangat Bercinta, Netizen ‘Restu’ Hubungan Noor Nabila & Engku Emran

Artikel Berkaitan:‘Saya Tak Nak Komen Apa-Apa. Itu Hak Nabila’ – Sharnaaz Ahmad

Terbaru, sekeping foto yang dimuat naik oleh Engku Emran di laman Instagramnya sekali lagi, mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Ruang komen ditutup

Foto: Tangkap layar Instagram Engku Emran

Menerusi foto yang dimuat naik hari ini, menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan oleh Engku Emran. Apa yang lebih menarik perhatian, pantulan cahaya menampakkan seorang wanita mirip Nabila di dalam kereta itu.

Bukan itu sahaja, kaspyen ringkas yang ditulis oleh Engku Emran turut menarik perhatian netizen dan menimbulkan spekulasi.

Choppy until you came along.

Walau bagaimanapun, ruangan komen foto tersebut telah ditutup oleh pemilik foto itu. Terdahulu, netizen mendakwa mereka berdua sedang bercinta susulan Engku Emran menyertai program usrah di rumah Nabila.

Sehingga kini, perhubungan mereka berdua masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Sumber: Engku Emran

SKIP THIS AD ×