berita

Perginya Lagenda Seni – Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

March 1st, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

JS2Aktor lagenda, Tan Sri Jins Shamsuddin menghembuskan nafas terakhir petang tadi kira-kira jam 5.45 petang tadi di Klinik Idham, Taman Melawati, Selangor. Dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di rumahnya.

Allahyarham berusia 82 tahun dan keadaan kesihatannya kurang baik sejak disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada 2011.

Hilangnya permata seni tanah air.

41429015069_950x600Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, industri kehilangan seorang lagi permata seni yang banyak memberi impak kepada pembangunan industri seni di Malaysia.

Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idham Taman Melawati. Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara.

Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin telah berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.

Bukan itu saja, Allahyarham turut terlibat dalam pengarahan filem. Antara filem arahan Allahyarham adalah Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.

Al-fatihah..Moga tenang di sana.04-jins-Tribute to Jins Shamsudin - YouTube

3351275146_0068512a57 (1)

JS3

JS4Kredit : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×