berita

Perhatian Semua.. Nantikan 4 Theme Park Yang Awesome Bakal Wujud Di Malaysia.. Tak Sabarnya!

November 2nd, 2015 | by Ash Nordin
Travelogue

theme

Siapa je yang kat sini tak suka enjoy main permainan ke taman tema? Tipu lah kalau korang tak layan. Taman tema merupakan salah satu tempat untuk korang hilang stress, bawa anak-anak berjalan serta layan permainan yang cool kat sana.

Haa.. tahukah anda nanti akan ada 4 lokasi baru taman tema yang sangat cool untuk anda lawati. Kami tak sabar sangat ni! Jom kita tengok taman tema apa yang kami maksudkan tu. Hehe

1) 20th Century Fox World @Genting Highlands

Screen Shot 2015-11-02 at 2.22.47 AM

Screen Shot 2015-11-02 at 2.21.52 AM

Geng kalau korang nak tahu, taman tema 20th Century Fox ni merupakan taman tema yang pertama di dunia beroperasi di Genting Highlands, Malaysia dan ia akan dibuka pada 2016. Sabar jap, nanti bila dah siap je jom kita serbu Genting Highlands ramai-ramai.. Siapa nak ikut?

2) Ubisoft Theme Park @KL

Screen Shot 2015-11-02 at 2.24.23 AM

Bagi yang gila main video game Assassin Creed, taman tema ni pasti akan buat anda puas hati. Taman tema ni akan diadakan dalam indoor dan dikhabarkan akan dibuka pada 2020. Fuhh.. tak lama lagi tu!

3) Movie Animation Park Studios (MAPS) @Ipoh

Screen Shot 2015-11-02 at 2.31.26 AM

Taman tema yang akan dibuka di Perak ini telah dapat liputan yang luas dan untuk pengetahuan korang, MAPS ini merupakan taman tema yang pertama dibuka di Asia. Wowww! Tempat ni akan dibuka untuk orang ramai pada Disember 2016.

4) Jurassic Park @Melaka

Screen Shot 2015-11-02 at 2.29.07 AM

Screen Shot 2015-11-02 at 2.28.47 AM

Fulamak, Dinasour pula datang serang Malaysia? Alaa dinasour-dinasour yang kat dalam movie Jurassic Park tu.. Mesti korang tahu kan? Korang bawa la adik-adik atau pun anak-anak korang datang sini. Confirm diorang senyum sampai ke telinga. Ala dekat Melaka je pun.. Hehe. Dikhabarkan ia akan dibuka pada 2016. Nantikan!

Sumber foto: Google Images

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×