Ikatan perkahwinan tanpa kejujuran dan kesetiaan bila-bila masa sahaja boleh musnah disebabkan kehadiran orang ketiga. Paling menyedihkan apabila kepercayaan yang diberikan pasangan selama ini sekelip mata dikhianati.
Seperti kisah yang dikongsikan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya ini, seorang wanita rupa-rupanya sudah 10 bulan hidup bermadu namun dirahsiakan si suami. Temberang mula pecah apabila suami terkurung di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on Apr 22, 2020 at 6:00pm PDT
Seakan tidak percaya diri dimadukan, wanita ini menganggap PKP memberi hikmah yang cukup besar buat dirinya. Suami yang selama ini gelisah disangka memikirkan hal syarikat dan pekerja rupanya mempunyai isteri baru. Pedih!