berita

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Disambung Sehingga 9 Jun – Perdana Menteri

May 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam usaha menangani penularan wabak, kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac dan dijangka berakhir pada 12 Mei. Selama 54 hari ini, rakyat Malaysia dilarang keluar rumah tanpa sebarang urusan penting.

Walau bagaimanapun, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei untuk membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semua.

Dilanjutkan sehingga 9 Jun

Menerusi perutusan khas hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kerajaan negeri kerana memberi kerjasama dalam usaha membuka semula sektor ekonomi negara.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak.

Meskipun begitu, rakyat masih lagi perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mengikuti nasihat yang telah digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini. Selain itu, rakyat juga digesa mengambil langkah berjaga-jaga kerana kita masih belum berjaya menangani wabak ini sepenuhnya.

Justeri, PKPB akan disambung sehingga 9 Jun 2020. Ini bermakna semua SOP akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun. Sebarang perubahan mengenai SOP akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Demi menjaga keselamatan semua, semua aktiviti rentas negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan.

Video penuh

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×