Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, perasaan sedih pasti terasa apabila orang yang dicintai pergi untuk selama-lamanya.
Menerusi Instagram Airina Roslan, wanita ini berkongsi kisah sedihnya apabila kehilangan suami tercinta, Muhammad Amirul Ashraf, yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi. Lebih menyedihkan, suami tercinta pergi selepas genap 2 bulan mereka berkahwin. Sumpah sedih!
Hari ini genap 2 bulan kita nikah
https://www.instagram.com/p/B4ixQKDF4ET/
Menerusi Instagram Airina, dia memberitahu bahawa suaminya itu telah pulang ke rahmatullah pagi tadi kira-kira pukul 12.30. Menurutnya, suaminya pengsan ketika bermain futsal. Namun, punca sebenar suaminya meninggal dunia masih belum diketahui. Sebelum menerima berita sedih itu, Airina memberitahu bahawa suaminya tidak membenarkan dirinya untuk balik ke Johor Bahru. Lebih menyedihkan, hari ini merupakan genap 2 bulan perkahwinan mereka.
Tambah Airina, walaupun suaminya sudah kembali kepada sang pencipta, dia tetap menyimpan memori perkahwinan mereka berdua.Dia juga meluahkan isi hati bahawa Amirul merupakan seorang lelaki yang sempurna buat dirinya dan berharap suaminya itu tidak pernah berhenti menyintainya di sana.
We gonna miss your voice, laugh, jokes and tears
Menerusi Twitter Azrul Salki yang merupakan adik kepada arwah Amirul, dia memberitahu bahawa mereka sekeluarga pasti akan merindui gelak tawa, suara, jenaka dan tangisan abangnya itu. Tambahnya, sebelum abangnya meninggal dunia, mereka berdua sempat berborak melalui telefon. Azrul juga memohon netizen sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abangnya dan meminta kakak iparnya untuk tabah menghadapi dugaan ini.
Seorang anak yang baik
Manakala, menerusi Facebook Azlita Aziz yang merupakan ibu kepada arwah, wanita itu memberitahu bahawa dirinya redha dengan pemergian anak tercinta meskipun hatinya sungguh berat untuk melepaskan. Azlita turut berkongsi bahawa Amirul merupakan anak yang baik dan tidak pernah meninggi suara terhadapnya malah menuruti segala perintahnya. Sebagai ibu, dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya di sana.
Sumber: Airina Roslan, Azrul Salki & Azlita Aziz