berita

‘Perkara Membabitkan Bayaran Boleh Dibincang, Janganlah Terlalu Rendah & Tidak Masuk Akal Pada Zaman Sekarang’- Margaret Gan

February 7th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Pelakon veteran, Margaret Gan, mendedahkan dia pernah menolak tawaran berlakon kerana bayaran yang tidak lumayan untuk pelakon berpengalaman dan berusia sepertinya.

Artikel Berkaitan: Margaret Gan Peluk Islam Atas Rela Hati, Tumpang Gembira Angeline Tan Kini Mualaf

‘Masih boleh bincang’

Memetik laporan Harian Metro, Margaret memberitahu dia mendapat tawaran berlakon dengan bayaran sebanyak RM250 sahaja untuk satu episod dan baginya terlalu rendah.

Menurut Margaret, berlakon memerlukan satu komitmen yang tinggi, malah dia juga mempunyai nilai bayaran tersendiri yang ditetapkan dan masih boleh berbincang sekiranya benar ingin memberikan tawaran tersebut.

Saya terus saja menolak tawaran lakonan itu sebaik dimaklumkan bayaran disediakan RM250 untuk satu episod. Bagi saya, bayarannya terlalu rendah dan lebih baik ditolak kerana tidak setimpal.

Kerja berlakon ini memerlukan komitmen tinggi di set penggambaran. Jadi, berikan bayaran yang baik, kalau pun tidak dapat memenuhi nilai sebenar (bayaran) pelakon itu yang ditetapkan.

Perkara membabitkan bayaran ini boleh dibincang, sebab kami yang juga pelakon veteran ini memahaminya. Cuma, janganlah sampai terlalu rendah dan tidak masuk akal pada zaman sekarang, ia tidak sesuai.

Masih sihat

Tambah pelakon filem ’29 Februari’ itu, dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan kali terakhir dirinya berlakon adalah pada tahun 2018.

Margaret turut mendedahkan dirinya masih sihat dan mampu untuk menghafal skrip walaupun usianya sudah mencecah 81 tahun.

Dalam pada itu, Margaret turut berharap agar pihak yang berkaitan dalam industri seni dapat memberikan skim bantuan bulanan kepada pelakon veteran berusia 70 tahun dan ke atas bagi meringankan beban mereka.

Ramai pelakon seusia saya, sekitar 70 tahun, 80 tahun dan ke atas tidak lagi mendapat tawaran berlakon walaupun ada di antara kami masih berkemampuan untuk berlakon.

Macam saya sendiri, masih sihat serta mampu menghafal skrip dengan baik walaupun sekarang sudah berumur 81 tahun. Tapi, sayangnya tiada tawaran diterima dan saya banyak habiskan masa di rumah.

Kali terakhir saya berlakon, seingatnya pada 2018 lalu. Sekarang, memang tiada tawaran diterima dan baru-baru ini ada produksi hubungi untuk memberi tawaran lakonan sempena Tahun Baru Cina, tapi akhirnya mereka senyap begitu saja.

Sekadar info, Margaret mula memeluk agama Islam sejak Februari 2022. Sebelum itu, anak lelakinya terlebih dahulu sudah memeluk agama Islam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×