Tampil sihat dan aktif sepanjang masa merupakan impian bagi setiap wanita. Siapa je yang nak sakit, betul tak? Bukan apa, kita selaku para wanita ni banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Maka tidak hairanlah Watsons mengambil insiatif untuk memperkasakan lagi wanita diluar sana dengan menganjurkan kempen Watsons GetActive Women’s Health, yang menjemput pakar Obstetrician Gyneologist, Dr Premitha & jurulatih kecergasan, Nadia untuk berkongsi tips bagaimana korang boleh jalani kehidupan yang sihat dan kekal aktif sentiasa.
Dari muda hingga berusia, ini fasa-fasa perubahan tubuh yang perlu korang tahu!
Ha! mesti ramai dikalangan korang yang tak tahu bahawa tubuh badan wanita ni mengalami beberapa perubahan fasa sepanjang hayat kita. Fasa yang dimaksudkan ialah ketika tubuh mula akil baligh, kemudian diikuti dengan mengandung (peringkat awal), kehamilan, pertengahan umur dan menopause.
Setiap fasa ini berbeza dan nutrisi yang diperlukan tubuh juga berbeza. Jadi untuk kekal aktif, sihat dan cergas, korang kena buat pemilihan makanan yang tepat supaya nutrisi yang dibekalkan untuk tubuh mencukupi.
Ini nasihat pakar Dr Premitha, korang dah tengok?
Episod 1: Understanding teenagers concerns
Melalui episod 1, Dr Premitha berkongsi pelbagai maklumat mengenai perubahan hormon yang dialami oleh para gadis terutamanya mengenai kitaran haid dan tanda-tanda PMS. Maka, akan lebih mudah buat kita terutamanya para remaja untuk jaga kesihatan mental dan fizikal kita ketika melalui fasa-fasa ini.
Episod 2: Journey to adulthood
Penting untuk kita sebagai wanita menjaga kesihatan tubuh untuk meneruskan fasa kehidupan dewasa. Dalam episod 2 banyak nasihat yang dikongsikan oleh Dr Premitha tentang nutrisi yang diperlukan tubuh pada tempoh ini.
Episod 3: Living gracefully after age 45
Pada usia ini, kebanyakan wanita sudah mula mengalami masalah kulit kering, garis halus pada wajah, kedutan dan masalah pingmentasi kulit. Jadi, episod 3 lebih fokus kepada apa langkah yang kita boleh ambil untuk mengurangkan masalah-masalah ini.
Paling best, Dr Premitha siap share produk-produk yang terbukti berkesan untuk membantu merawat masalah diatas. Awesome kan?
Kekal cergas dengan cabaran GetActive, selama 21 hari bersama coach Nadia!
Bagi memperkasakan lagi para wanita, Watsons melalui kempen Watsons GetActive Women’s Health turut mengadakan cabaran GetActive selama 21 hari bersama-sama dengan jurulatih fitness, Nadia untuk membantu para wanita menyelesaikan masalah lemak berlebihan dibahagian perut, lengan dan macam mana nak kurangkan water retention di dalam tubuh kita.
Ada 3 episod kesemuanya. Korang wajib tonton. Nak tubuh yang lebih sihat dan tampil dengan lebih menawan? Inilah masanya!
Episod 1: Let trim up your belly fats
Macam yang korang semua tahu, masalah lemak berlebihan dekat perut ni, memang buat ramai wanita rasa insecure. Dah la masalah lemak berlebihan ni boleh jejaskan kesihatan tubuh. So, jom kita workout dan hilangkan masalah lemak berlebihan ni dengan bantuan coach Nadia.
Episod 2: Goodbye to ” bye bye arm”
Nak lengan yang mantap dan cantik untuk boost lagi confidence dalam diri? Ini dia senaman yang patut korang cuba. Mudah dan cepat. Beginner pun boleh buat.
Episod 3: Reduce water retentions
Dalam episod 3 ini, jurulatih Nadia akan bekongsi dengan korang rutin senaman yang boleh membantu mengurangkan water retention pada tubuh. Biasalah bila kita exercise, tubuh akan mengeluarkan air yang berlebihan melalui peluh dan rutin senaman yang tidak tepat pula boleh mengakibatkan tubuh mengalami kekurangan air pada tubuh. Maka, kita nak elak perkara ini terjadi.
Yeay! Ada 30% diskaun produk kesihatan wanita di Watsons!
Uishhh bukan sekadar jemput pakar untuk berkongsi tips dan senaman yang baik untuk tubuh kita semua, Watsons juga nak bagi diskaun 30% untuk semua produk kesihatan wanita. Letop kan?
Ye betul! Kunjungi Watsons yang berdekatan dengan korang atau buat pembelian secara online produk kesihatan wanita sekarang juga untuk menikmati diskaun sehingga 30%. Bukan itu sahaja, korang juga boleh dapatkan free consultation bersama pakar kesihatan di farmasi Watsons. Siap dapat kad kesihatan lagi. Onz tak onz?
Jadi, apa lagi yang korang semua nak? Watsons dah bagi semua. Pastikan korang follow video kesihatan dan senaman yng dikongsikan oleh Dr Premitha dan coach Nadia.
Jom sihat dalaman dan menawan luaran bersama Watsons GetActive Women’s Health!