berita

PERKESO Bantu Rakyat Malaysia Mendapat Pekerjaan. Ini Testimoni Yang Dah Berjaya!

May 25th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Bagi sesetengah orang,  nak cari pekerjaan ni bukanlah sesuatu yang mudah. Graduan yang betul cemerlang pun belum tentu boleh dapat pekerjaan dalam masa yang singkat.  Namun, jangan cepat berputus-asa dalam mencari  pekerjaan, kerana ada cara dan platform yang betul dalam carian pekerjaan.

Ha..kalau korang nak tahu, lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Kerjaya MYFutureJobs & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diadakan di Batu Gajah, Perak pada 25 dan 26 Februari 2023 yang lalu. 

Kini, karnival tersebut diteruskan di Bagan Datuk pula di mana 22 buah syarikat dari berbagai sektor  menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan untuk pelbagai jawatan. Jom tengok apa pandangan orang ramai yang dah berjaya mendapat pekerjaan melalui program karnival yang diadakan sebelum ini. 

Ditawarkan sebagai crew restoran – Siti Hajar Binti Mahat

Antara pencari kerja yang telah ditemuduga dan berjaya mendapat pekerjaan adalah Siti Hajar Binti Mahat berumur 27 tahun. Anak jati Perak ini mempunyai pengalaman bekerja sebagai receptionist di sebuah hotel di Johor Baharu.

Setelah beberapa bulan menganggur dan tiada pekerjaan akhirnya, Siti Hajar berjaya mendapat pekerjaan baharu selepas ditemuduga di Mcdonald’s sempena Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di mana PERKESO telah membawa majikan-majikan ke karnival ini dan Siti Hajar telah ditawarkan jawatan sebagai crew restoran oleh satu daripada majikan tersebut.

“Skim PERKESO menggalakkan saya memaksa diri untuk mencari kerja” – Choi Wang Peng

Choi Wang Peng, 51 tahun dan kini berjawatan sebagai Pengurus Operasi dapat menghela nafas lega dengan adanya PERKESO.

Sebelum ni beliau memang tiada pendapatan bulanan. Cabaran dan kesukaran yang dihadapi adalah dari segi mental. Ia disebabkan perasaan gelisah dan takut, sehinggakan satu keluarga terpaksa mengurangkan perbelanjaan. Sedih pun ada bila tidak dapat tunaikan permintaan anak-anak yang masih bersekolah. 

Jadi, bila adanya skim dan elaun dari PERKESO sewaktu beliau dalam proses carian pekerjaan, ianya sangat membantu. Melalui program Karnival Kerjaya anjuran PERKESO pula,  beliau berjaya  mendapat pekerjaan. 

Pihak PERKESO bantu dari segi memberi panduan & cara yang betul

Choi Wang Peng mengucapkan terima kasih kepada pihak PERKESO atas keikhlasan dan kesabaran pegawai-pegawai dalam membantu beliau untuk mendapatkan elaun dan juga pekerjaan di Karnival Kerjaya tersebut. 

Mereka juga layak diberi pujian kerana sikap begini amat membantu seseorang yang dalam kemelut akibat hilang pekerjaaan.

Rata-rata antara mereka amat berpuas hati dengan kecekapan PERKESO!

Kecekapan yang ditunjukkan oleh PERKESO semasa menilai permohonan itu amatlah dihargai. Kelulusan juga amat pantas jika semua syarat-syarat yang diperlukan oleh PERKESO korang ikut dan turuti. 

Jadi, buat sesiapa yang sedang mencari pekerjaan tu, bolehlah mula menggunakan platform MYFutureJobs, selain daripada platform-platform pekerjaan yang lain. 

Kalau ada sebarang pertanyaan tentang permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) pun, boleh saja rujuk atau hubungi PERKESO kerana mereka sedia membantu. PERKESO ni mengelola Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs yang mampu membuat padanan pekerjaan dengan lebih tepat kerana ia menggunakan teknologi canggih.

Jadi, peluang untuk korang dapat pekerjaan yang sesuai adalah lebih cerah.

Ha…untuk pengetahuan korang, ada lebih 4,500 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor dan industri menanti korang di Karnival Kerjaya MYFutureJobs & SKSSR Negeri Perak anjuran PERKESO pada 27 dan 28 Mei 2023 ni tau! 

Ia bertempat di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad Hutan Melintang, Bagan Datuk bermula jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan daftar sekarang di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair

Korang kena datang tau, mungkin karnival ini akan mengubah hidup korang dengan pekerjaan yang lebih terjamin ataupun peningkatan kerjaya. Jangan lepaskan peluang ini! Hebahkan kepada kawan-kawan, jiran tetangga dan saudara mara.

SKIP THIS AD ×