berita

REV Media Group, UITM Jalin Kerjasama Perkukuh E-Sukan

August 14th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

REV Media Group bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi mengukuhkan e-sukan dalam kalangan pelajar dan institusi pengajian tinggi.

Perjanjian termaterai

Foto: Universiti Teknologi Mara (UiTM) galeri

Perjanjian persefahaman antara kedua belah pihak telah termeterai pada 14 Ogos 2020 (Jumaat) dan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif,  REV Media Group iaitu Rafiq Razali dan Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kolaborasi pertama ini turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood dan Prof. Dr. Azizan Abdullah iaitu Timbalan Naib Canselor UiTM.

Perjanjian ini diadakan bagi mengukuhkan, merangsang serta membangunkan dalam bidang akademik, kebudayaan dan penyelidikan atas dasar keuntungan bersama dan saksama. Dalam pada itu, Rafiq Razali turut mengakui akan potensi yang dimiliki oleh para pelajar berdasarkan sambutan Kejohanan E-sukan Kampus sebelum ini.

Kami sedar akan potensi yang dimiliki oleh para pelajar institusi pengajian tingg dan kami percaya bahawa industri e-sukan di Malaysia akan dapat terus berkembang lebih maju. Lihat saja dari penerimaan yang kami terima melalui Kejohanan E-sukan Kampus yang telah pun melabuhkan tirai buat semester ketiga baru-baru ini. Sambutan yang sangat luar biasa memberi gambaran bahawa kolaborasi ini juga akan turut berjaya. Komitmen UiTM dalam memperkasakan e-sukan memberi inspirasi kepada kami untuk terus bersama-sama membangunkan pelbagai program bersama bagi memupuk bakat e-sukan tempatan.

Lebih banyak program e-sukan

Foto: Universiti Teknologi Mara (UiTM) galeri

Bukan itu sahaja, perjanjian yang terjalin antara REV Media Group dan UiTM ini juga secara tidak langsung membantu dalam mendidik, memupuk serta memberi pendedahan kepada golongan akademik dan pelajar tentang industri e-sukan.

Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai juga berharap agar program seperti ini dapat diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Harapan saya agar program e-sukan lebih banyak dianjurkan dan diperluaskan hingga ke peringkat antarabangsa. Saya juga berharap agar usahasama ini mampu membuka mata lebih ramai pihak untuk menjalinkan kerjasama dan dapat menerima e-sukan bukan sahaja sebagai aiktiviti sukan yang sihat tetapi juga sebagai peluang menjana pendapatan dalam sektor e-sukan negara.

Hal ini secara tidak langsung membawa kepada persetujuan bagi menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik. Perjanjian ini akan membangunkan ‘esports hub labs’ di CMT Hub UiTM selain penganjuran Kejohanan E-sukan Kampus (KEK). Selain itu, lebih banyak program e-sukan atau mempromosikan industri e-sukan, gaming dan media di UiTM.

SKIP THIS AD ×