berita

Perlekeh Cara Malaysia Tangani Covid-19, ‘Bawangvengers’ Bersatu Hati Serang FB TV Taiwan

April 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, seorang aktivis diserang  selepas mengkritik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kali ini giliran televisyen di Taiwan pula jadi mangsa pasukan ‘bawang’ dari Malaysia kerana mengeluarkan dakwaan palsu mengenai situasi Covid-19 di Malaysia.

Menurut mereka, keadaan di Malaysia sudah teruk sehingga menyebabkan ramai rakyat kebuluran. Amboi seronoknya cakap benda tak betul yek?

PKP menyebabkan ramai kebulur

Menerusi satu program televisyen di Taiwan, mereka mendakwa sejak Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia mula kelaparan dan kehausan sehingga boleh menyebabkan kematian. Tak cukup dengan itu mereka juga memerli ketua keluarga di Malaysia tidak pandai beli sayur di pasaraya.

Petang tadi den ada dapat info bahawa terdapat sebuah lagi rancangan TV di Taiwan telah membuat komen-komen biadap terhadap Malaysia. Di antara komen yang menghiris hati adalah. Kononnya Malaysia patut malu sebagai sebuah negara bercuaca panas tapi tidak mampu mengawal Covid-19.

Menyindir orang Malaysia tidak memakai ‘mask’ kerana mengikut cara British menangani wabak sebab Malaysia kan sebuah negara bekas jajahan British. PKP menyebabkan ramai hilang pekerjaan, ramai sudah/akan mati akibat kebuluran sebelum PKP berakhir. Sebab ramai orang susah di Malaysia dan membandingkan dengan negara seperti US yang kononnya masih ok sebab mereka ada elaun kebajikan.

Komen biadap itu turut menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga laman tersebut diserang pasukan ‘bawang’ dari Malaysia. Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenyataan palsu yang dibuat.

Kalau kelaparan, pasti ramai mati!

Didakwa tiada topeng muka di Malaysia

Boleh tengok balik negara korang

Dibanjiri lebih 18k komen dari Malaysia

Sumber : Khairul Azri , Taiwan Tv

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×