berita

Perlekeh Covid-19 Konon Tak Takut Corona, Penyanyi ‘Say So’ Disahkan Positif

July 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Sebelum ini, penyanyi, lagu ‘Say So’ iaitu Doja Cat didakwa memperlekehkan isu Covid-19 di akaun media sosialnya. Menurutnya, dia sekadar selsema biasa pada ketika itu dan tidak takut jika dijangkiti wabak berkenaan. Namun siapa sangka, beberapa bulan selepas itu, Doja sekali lagi mencuri tumpuan masyarakat kerana dia disahkan positif wabak berkenaan.

Membuat pesanan makanan

Menerusi laporan Cosmopolitan, Doja mengaku dirinya dijangkiti wabak tersebut ketika tampil di sesi temu ramah dengan stesen radio Capital Xtra. Tambahnya, dia terkena jangkitan tersebut sebaik sahaja membuat pesanan makanan melalui sebuah aplikasi.

Saya kena Covid-19. Sejujurnya saya tak tahu macam mana ia boleh terjadi. Tapi saya ada membuat tempahan makanan dari Postmates dan tahu-tahu saya dijangkiti.

Walau bagaimanapun, dia mengakui dirinya sudah kembali sembuh seperti biasa. Pada masa yang sama, netizen mengimbas kembali pendedahan Doja mengenai Covid-19.

Tak takut Coranavirus

Terdahulu, Doja telah melakukan Instagram live bersama para peminatnya. Menerusi live tersebut, dia meluahkan perasaan tidak takut akan virus berkenaan. Tambahnya, dia hanya selsema biasa pada waktu itu dan tidak mempunyai sebarang simptom Covid-19.

Sumber: Cosmopolitan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×