berita

Perlu Fasih Bahasa Inggeris & Khatam Al-Quran Seawal 7 Tahun, Perancangan Dr Sheikh Muszaphar Untuk Anak Dipuji

December 31st, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar antara individu yang sering berkongsi aktiviti hariannya bersama anak-anak di media sosial. Mempunyai perwatakan yang baik dan bertanggungjawab, korang boleh lihat sendiri cara didikan yang dilakukan olehnya terhadap anak-anak di setiap perkongsian yang dimuat naik di Instagram. Pasti ibu bapa di luar sana boleh menjadikan ia sebagai contoh.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar sempat berkongsi sebuah video beserta kapsyen mengenai perancangan yang dilakukan buat anak-anaknya sempena tahun baru yang bakal tiba. Walaupun jadual kesemua anaknya disusun agak padat, beliau akan memastikan anaknya sentiasa gembira dan menikmati kesemua perancangan yang dilakukan.

We try to expose our kids

https://www.instagram.com/p/B6t5hqfHiFw/

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, sebagai seorang bapa, sudah semestinya dia mempunyai harapan untuk melihat anak-anaknya berjaya. Tambahnya, dia mempunyai impian tersendiri bahawa kesemua anak-anaknya perlu mencapai sesuatu sebelum mereka berusia 7 tahun. Antara impian yang dikongsikan, mereka harus khatam Al-Quran sebelum usia 6 tahun, mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuk English, Bahasa Malaysia dan Mandarin, mahir dalam aktiviti renang dan taekwando, pandai bermain alat muzik serta aktif bersukan.

Pada masa yang, Dr Sheikh Muszaphar turut memberitahu bahawa anak kembarnya iaitu Adam dan Noah bakal mengikuti jejak langkah dan perancangan yang sama seperti kakak mereka iaitu Bella dan Tasha. Walaupun jadual anaknya agak padat, Dr Sheikh Muszaphar berharap mereka akan menikmati setiap aktiviti yang dilakukan.

Kesian anak kena ‘torture’

Melalui perkongsian tersebut, netizen mengajukan pelbagai soalan buat angkasawan negara itu. Antara soalan yang paling banyak ditanya ialah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh anak-anak yang masih kecil dan nasihat untuk ibu bapa supaya kekal bersemangat seperti apa yang dilakukan oleh Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya. Paling menyeronokkan, setiap pertanyaan tersebut dijawab semula.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×