berita

Permohonan Baharu BPN 2.0 Dibuka Semula Sehingga 15 November Ini

October 28th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak secara berperingkat bermula 26 Oktober yang lalu. Pembayaran BPN 2.0 ini akan dibayar secara dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Artikel Berkaitan: Bayaran Bantuan Prihatin 2.0 Akan Dikreditkan Mulai Hujung Oktober

Terbaru, pihak kerajaan mengumumkan permohonan baharu BPN 2.0 masih dibuka kepada mereka yang masih belum membuat permohonan.

Dibuka sehingga 15 November

Permohonan baharu BPN 2.0 ini dibuka bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

Secara keseluruhannya, BPN 2.0 dijangka meringankan beban 7.5 juta penerima bujang dan isi rumah B40, serta 3.1 juta penerima M40, menjadikan keseluruhannya 10.6 juta penerima yang boleh memanfaatkan bantuan ini.

Jumlah bantuan

Kaedah pembayaran

Cara untuk memohon

Gambar sekadar hiasan

Bagi pemohon baharu BPN 2.0 ini, pemohon boleh terus membuat permohonan di laman web BPN2.0. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akses secara atas talian, boleh membuat penghantaran borang secara manual ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Borang permohonan boleh dimuat turun di portal BPN 2.0. Bagi maklumat lanjut pemohon juga boleh menggunakan panduan permohonan BPN 2.0 bagi memudahkan proses permohonan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×