berita

Permohonan Jangan Sambut Hari Jadi Tidak Diendah, Majikan Diarah Bayar RM1.9 Juta

April 20th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Kentucky, Amerika Syarikat menerima wang pampasan berjumlah USD450,000 (RM1.9 juta) selepas majikannya gagal menghormati permintaannya untuk tidak diraikan pada hari ulang tahun kelahirannya.

Kena serangan panik akibat sambutan hari jadi

Bangunan tempat Berling bekerja. (Foto: Google Streetview)

Menurut laporan NBC News, Kevin Berling, yang mengalami masalah gangguan keresahan ataupun ‘anxiety’ meminta majikannya untuk tidak mengadakan sambutan hari lahir buatnya pada 2019 bagi mengelakkan kebarangkalian dirinya terkena serangan panik.

Namun begitu, syarikat tempat dia bekerja pada waktu itu, Gravity Diagnostic tidak mengendahkan permintaan Berling dan meneruskan sambutan, langsung membuatkan lelaki itu terkena serangan panik yang serius.

Kerana kecewa dengan perbuatan majikannya, Berling menghantar pesanan kepada pihak pengurusan meluahkan rasa kecewa, dan susulan itu, dia telah dipecat dari syarikat tersebut beberapa hari kemudian.

Pada 31 Mac lalu, pihak juri menetapkan Berling layak menerima RM1.9 juta atas ketidakadilan layanan yang diterima dan dokumen mahkamah menunjukkan Berling menerima layanan buruk daripada majikan yang gagal memahami masalah gangguan keresahan yang dialaminya.

Menurut peguam Berling, Tony Bucher, anak guamnya tidak mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling mahupun pekerjaan sekiranya masalah kesihatan mentalnya difahami.

Sumber: NBC News

SKIP THIS AD ×