berita

Pernah Ada Pengalaman Susah Nak Telan Makanan? Awas, Korang Mungkin Hidap Disfagia

May 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Kesukaran untuk menelan atau lebih dikenali sebagai disfagia merupakan salah satu penyakit yang sangat perit. Ini kerana, individu yang menghidap penyakit ini akan merasakan makanan yang dimakan seolah tersangkut dalam tekak. Ini juga boleh dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher dan bahagian atas dada.

Menurut Dr Zubaidi, masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa yang pernah menghidap strok, penyakit neurologi atau saraf (sebagai contoh, Parkinson’s), kecederaan otak atau semua jenis masalah struktur organ menelan seperti kanser tekak atau pangkal hidung. 

Penyebab disfagia

1. Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan emosi atau masalah kemurungan, tumors, penyakit pada tulang cervical dan jaringan esophageal.

2. Masalah saraf otot seperti strok, penyakit Parkinson’s, Penyakit Huntington’s, pelbagai skelerosis, muscular dystrophy dan jangkitan-jangkitan (seperti polio dan sifilis).

3. Masalah yang berkaitan dengan esophagus termasuklah halangan kepada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan oleh tumors, bendasing dan penyempitan yang disebabkan oleh radiasi, ingensi kimia, pengubatan atau ulser.

4. Masalah otot dan saraf seperti achalasia, kekejangan esophageal yang tersebar, Hypertensive lower esophageal sphincter (otot di hujung esophagus yang membenarkan makanan melaluinya ke perut), nutcracker esophagus dan scleroderma.

Ujian diagnostik mungkin dijalankan untuk mengesahkan punca-punca masalah kesukaran menelan makanan termasuklah :

• (Barium swallow) Kajian menelan menggunakan Barium.
• X-ray dada.
• Endoskopi.
• Ujian keasidan esopaghus, juga dikenali sebagai pengujian pH (memeriksa asid yang keluar dari perut dan memasuki esophagus, seperti dalam penyakit gastroesophageal reflux).
• Esophageal manometry (pengukuran tekanan)

Tanda-tanda disfagia

1. Terasa sakit semasa ingin menelan
2. Tidak boleh menelan langsung
3. Tersedak atau batuk ketika menelan
4. Terasa makanan terlekat di tekak atau dada, atau belakang tulang dada (sternum).
5. Terasa tekanan atau sakit di dada
6. Makanan naik semula (Regurgitation)
7. Kerap pedih ulu hati
8. Makanan atau asid perut naik ke tekak
9. Bunyi membuak (membobok) di bahagian tekak
10. Berat badan turun dengan tiba-tiba

Kalau korang nak tahu, masalah disfagia ini boleh mengakibatkan dehidrasi, lebihan bendalir tekak atau hidung dan aspirasi iaitu keadaan makanan atau minuman memasuki paru-paru, yang kemudian membawa kepada pneumonia (jangkitan paru-paru) atau juga kematian jika tidak ditangani.

Sumber: Dr Zubaidi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×