Sebelum ini, segelintir artis tempatan meluahkan rasa kurang gemar melihat tindakan bunda Hetty Koes Endang yang mengajar para peserta Gegar Vaganza musim kelapan secara ‘live’. Menurut mereka, perkara tersebut boleh dilakukan di belakang pentas.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’, Jumpa Belakang Pentas’ – Hattan
Berikutan daripada itu, pihak OhBulan! sempat menemubual dan bertanya kepada Eranzz Lambert mengenai pengalamannya sebagai salah seorang peserta yang mewakili Malaysia di Indonesia dalam pertandingan nyanyian ‘Golden Memories Asia’.
Pertandingan dekat sana memang berbeza
Menurut Eranzz, Golden Memories Asia ini merupakan pertandingan seakan Gegar Vaganza di Indonesia. Ini kerana, pertandingan tersebut menampilkan artis-artis atau ‘performer’ yang sudah lama dalam industri. Tambahnya, setiap negara Asia Tenggara akan menghantar wakil yang sudah ada nama dan bukannya artis baru.
Untuk wakil Malaysia masa tu Eranzz, Akma Abdullah (AF3), Farawahida dari program Gegar Vaganza dan Azim Kamaruzzaman. Masa tu kami semua dapat rasakan pertandingan dekat sana memang sangat berbeza daripada sini. Mengenai komen juri mengajar masa Live tu, Eranzz rasa langsung tiada masalah pun sebab benda tu spontan dan rasanya lebih masuk dalam otak kot!
Diminta untuk mengulas sedikit mengenai isu juri komen semasa ‘live’, Eranzz memberitahu perkara tersebut tidak mempunyai masalah langsung bagi dirinya. Ini kerana, komen yang diberikan oleh juri itu adalah spontan. Bukan itu sahaja, para peserta, pemain muzik, krew dan semua penonton tidak kira di studio mahupun di rumah dapat menimba ilmu secara percuma sewaktu juri memberi komen secara ‘live’.
Bila komen live tu kita masih fresh. Benda tu lebih masuk otak. Kita tunggu balik kalau atau belakang pentas, juri pun bukan ada masa untuk share ilmu dengan semua orang lepas tu. Peserta kena bersyukur sebab juri sudi ajar kita.
Di akhir temubual, Eranz memberitahu dia yakin industri hiburan di Malaysia akan berkembang seperti di Indonesia sekiranya semua pihak menerima sesuatu secara terbuka.
‘Standard’ artis Indonesia jauh berbeza
Menurut bekas peserta Dangdut Academy Asia, Azizul Haqim, ‘standard’ artis Indonesia jauh berbeza dengan artis Malaysia. Kualiti nyanyian serta penghasilan persembahan mereka ‘tip-top’. Ini kerana, memang budaya di Indonesia juri mengajar para peserta di atas pentas.
Saya salah seorang bekas peserta yang pernah bertanding di sana, dan serius, banyak ilmu yang saya dapat apabila juri memperbaiki mutu nyanyian serta persembahan saya secara langsung di atas pentas. Bukan saya saja yang dapat ilmu, tapi penonton di dalam studio serta di rumah pun turut sama dapat ilmu serta ‘input’ yang baik.
Lagi satu, dia Hetty Koes Endang. Saya ulang, dia seorang Hetty Koes Endang. Pengalaman serta penguasaan teknik nyanyian dia memang ‘superb’.
Di Instagram, Azizul turut memuat naik video program realiti TV di Indonesia yang memaparkan peserta diberi tunjuk ajar oleh juri.
Niat saya kongsikan video ini bukan saya nak cakap pertandingan di Malaysia ini tak bagus. Tapi, kualiti program beginilah yang perlu dijadikan panduan. Dalam berhibur, tetap terselit pendidikan. Tak adalah berhibur semata-mata. Juri-juri yang dijemput bukan calang-calang. Dari Nassar, Bunda Rita Sugiharto, Dewi Perssik, Mama Ruth Sahanaya dan Soimah. Mereka ini ada nama yang sangat besar serta terbukti bakat mereka. Tapi, sesama mereka, boleh nampak tiada langsung riak sombong, angkuh, ego dengan kelebihan masing-masing.
Video
View this post on Instagram