berita

Pernah Beritahu ‘Takut’ Dengan Covid-19, Nabila Huda Kongsi Perbualan Bersama Allahyarham Siti Sarah

August 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Nabila Huda menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi screenshot perbualan bersama Allahyarham Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: ‘You Datang Dengan Pakaian Serba Putih & Senyum…’ – Rebecca Nur Islam

Artikel Berkaitan: ’20 Tahun Kami Jadi Sahabat Ketawa & Menangis’ – Pemergian Siti Sarah Sentuh Emosi Azharina

Perbualan bersama arwah

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Nabila Huda mengakui sangat sedih dengan kehilangan Siti Sarah sehingga membuatkan dia hilang kata-kata. Jelas Nabila Huda lagi, dia dan Allahyarham sudah lama kenal dan mereka ‘membesar’ dalam industri seni ini bersama-sama namun baru tahun ini mereka kerap berhubung. Berdasarkan perbualan tersebut, Allahyarham pernah bertanya mengenai keadaan Nabila Huda selepas mendapat tahu bahawa pelakon itu disahkan positif Covid-19.

Dalam kesempatan itu, Allahyarham yang juga merupakan isteri kepada pelawak terkenal, Shuib telah menitipkan doa agar Nabila Huda diberi kesembuhan. Pada pagi hari raya aidilfitri yang lalu, Allahyarham sempat meminta maaf kepada Nabila Huda atas kesalahannya yang disengaja atau tidak disengajakan.

Kita dapat buka puasa bersama, abil masak untuk supper, kite makan sama2..Pastu kite share macam2 cerita and plan future business together, mu bagitau apa yang mu imagine nak buat. Yang paling ralat, abil taktau the whole family positive sebab abil tengok semua swab test, cuma liked, scroll up je video sebab tak sanggup tengok anak-anak semua kena swab test.

Selepas itu abil tengok video yang kiss anak2 atas wheelchair tu terus mesej Abang Shuib dia kasitau the whole story. Hanya tuhan je tau macam mana risaunya abil lepas tahu berita tu sebab kita penah bincang pasal betapa takutnya kite dengan keadaan covid ni.

Hasrat Uqasha tak kesampaian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Sementara itu, Uqasha Senrose mengakui terkilan dan sedih kerana hasratnya untuk melihat Alllahyarham Siti Sarah membuat persembahan di majlis perkahwinannya tidak kesampaian. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Uqasha menerusi screenshot perbualannya bersama Allahyarham di Instagram.

Bukan itu sahaja, Uqasha juga sempat memberitahu Allahyarham bahawa dia sangat suka akan jenama tudung yang dikeluarkan Allahyarham dan berhasrat untuk membelinya. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila Allahyarham ingin memberikan tudung tersebut kepada Uqasha secara percuma. Meskipun sudah menolak tetapi Allahyarham masih bermurah hati dan berharap agar pelakon cantik itu menerima pemberiannya. Di ruangan kapsyen, Uqasha menyifatkan Allahyarham seorang wanita yang sangat baik dan penyayang.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sumber: Nabila Huda, Uqasha Senrose

SKIP THIS AD ×