berita

Pernah Cuba Dijatuhkan, 10 Anak Watan Negara Kongsi Jatuh Bangun Bina Perniagaan

January 27th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Melihat kejayaan seseorang pada hari ini, kadang membuat kita rasa cemburu. Namun begitu, di sebalik senyuman dan kejayaan mereka pelbagai rintangan dan cabaran telah diharungi. Hanya mereka yang pernah lalui tahu jerih-perih mengusahakan sesebuah perniagaan.

Walaupun dahulunya insan-insan ini pernah dikritik, direndah-rendahkan impian mereka, tetapi minat yang mendalam menjadikan mereka antara usahawan tempatan yang berjaya dan menjadi kebanggaan negara.

Fokus & terus hasilkan produk berkualiti – Awaeang Anak Kwasin

Menjadi wanita Bidayuh pertama yang diberi lesen untuk memborong dan mengeksport lada sejak 2016, Awaeang Anak Kwasin, 43, terus melebarkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, menjadi vendor kepada produk Industri Sederhana Kecil (IKS) di bawah produk Buatan Malaysia di Hypermarket AEON adalah antara pencapaian terbaik beliau buat masa ini.

Antara produk keluaran syarikat Nang Ori, termasuklah Serbuk Lada, Minyak Lada, Kopi Lada dan Teh Lada. Menariknya, semua lada yang digunakan adalah 100% keluaran negeri Sarawak.

“Dalam perniagaan, kita perlu tetap fokus dan pastikan kapasiti produk yang dihasilkan menepati standard pasaran. Persaingan baru akan selalu ada, tetapi bersainganlah secara positif dan teruskan usaha anda”, tambah beliau.

Facebook: https://www.facebook.com/JoeyeesNangOri/

Kejatuhan mungkin membawa kepada kejayaan – Mariam Binti Harun

Jenama daging dendeng Ve’Ladid  sudah tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia. Pernah dijemput untuk menyertai slot rancangan Selamat Pagi Malaysia, produk keluaran syarikat ini sebenarnya telah dieksport ke Togo Afrika dengan bimbingan Mygerak Malaysia.

Diasaskan oleh pun Mariam Binti Harun, 58, daging dengdeng Ve’Ladid boleh didapati dalam dua perisa iaitu original dan lebih pedas.

“Kita perlu sentiasa yakin dengan perniagaan sendiri dan jangan sesekali mudah mengalah kerana kejatuhan dalam perniagaan hari ini mungkin membawa semula kepada kejayaan pada masa hadapan”, ujar beliau.

Facebook: https://www.facebook.com/DagingDendengVeLadid/

Instagram: https://www.instagram.com/mariyda.shop/?hl=en

Jangan ambil masa terlalu lama & yakin dengan produk sendiri – Abdul Malek Bin Manap

Berkhidmat selama 20 tahun sebagai jurutera di Syarikat Lion Group, penubuhan Munif Hijjaz telah menjadi titik permulaan kejayaan beliau. Pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan sebelum ini termasuklah perniagaan kecantikan dan kesihatan, telekomunikasi, tekstil dan minyak wangi, beliau tidak pernah berputus asa walaupun perniagaan sebelum ini gagal.

Kini selaku peneraju utama kepada Munif Hijjaz, syarikat beliau fokus kepada penghasilan makanan dan minuman seperti minuman malt coklat iaitu Munif Cocoa Arabic Gum, Better Cafe iaitu minuman kopi premix dan Easy Spread, roti coklat spread.

Munif Hijjaz dah eksport produk keluaran  syarikat mereka ke Brunei, Singapura dan Arab Saudi. Bahkan, pada tahun 2020 jualan syarikat ini meningkat sehingga 30% bagi segmen eksport dan 20% bagi segmen perniagaan dalam talian.

“Jangan ambil masa terlalu lama utnutk menjalankan perniagaan dan yakinlah dengan produk keluaran sendiri”, tambahnya lagi.

Website: http://www.munifhijjaz.com/

Setiap perniagaan ada risiko – Kennethiswaran

Memulakan perniagaan di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi Kennethiswaran, 24, terutamanya untuk meraih kepercayaan pembeli. Menjalankan perniagaan berasaskan rempah ratus, menuntut beliau untuk turun tangan memilih dan mendapatkan rempah ratus terbaik bagi menjaga kualiti rempah keluaran syarikatnya.

“Jenama AsliPure keluaran syarikat kami masih baru. Namun, saya bangga kerana usaha saya kini sedikit sebanyak membuahkan hasil. Perlu kita ingat, setiap perniagaan ada risikonya, kadang kita untung, kadang kita rugi. Kita kena bijak uruskan kewangan”, jelas anak muda yang berasal dari Ipoh itu.

Website: http://www.asli-pure.com/

Facebook: https://www.facebook.com/aslipuremy/

Instagram: https://www.instagram.com/aslipure_59/?hl=en

Kenali kekuatan diri & kekalkan positiviti – Zam Akmal Abd Halim

Memiliki lebih 500 ejen, siapa sangka perniagaan yang bermula dari dapur rumah kini, mampu menjana pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan. Walaupun pada peringkat awal beliau mengalami masalah kekurangan modal dan kurang pendedahan terhadap kebolehupayaan pasaran namun, itu bukanlah penghalang.

Menawarkan pelbagai variasi biskut coklat cip, Cookies Most Wanted adalah bukti bahawa usaha dan kesungguhan menjalankan perniagaan pasti membuahkan hasil jika sentiasa mengambil cabaran sebagai satu batu loncatan.

“Kenali kekuatan diri dan kekalkan positiviti dalam menghadapi apa jua rintangan. Lebih baik jika kita fokus pada perkara yang kita arif dan jadikan ia sebagai kekuatan dan nadi kita untuk menghadapi masa hadapan”, kata Zam akmal Abdul Halim, 34, pengasas Cookies Most Wanted.

Facebook: https://www.facebook.com/cookiesmostwantedmy

Instagram: https://www.instagram.com/cookiesmostwanted_official/

Kenali kebolehupayaan pasaran & kepentingan penjenamaan – Mohd Azlan Abdullah

Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada University of USA, 1967, ayah kepada 5 orang anak ini mengusahakan perniagaan herbal candy yang dihasilkan menggunakan campuran Madu Kelulut, Arabic Gum, Limau dan Pudina. Tujuan utama beliau menjalankan perniagaan ini pada peringkat awalnya adalah membantu usahawan Madu Kelulut memasarkan madu mereka.

Namun, hari ini beliau mampu berbangga apabila produk keluaran syarikat beliau iaitu Orilin telah ditempatkan di 13 cawangan Hypermarket Mydin seluruh negara dan kedai Mesra PETRONAS kerana perniagaan syarikat mereka turut menerima kelulusan daripada PETRONAS Dagangan Berhad.

“Adalah penting untuk kita mengenali kebolehupyaan pasaran dan kepentingan penjenamaan dalam usaha mengetengahkan lagi produk kita dalam kalangan rakyat Malaysia”, ulas beliau lagi.

Facebook: https://www.facebook.com/Trigonabiz

Perlu ada minat & jati diri yang tinggi – Maisarah Binti Ripin

Suri rumah tangga dan ibu kepada 3 orang anak ini memulakan perniagaan sebagai ejen dropship dan memborong secara pukal bagi tujuan perniagaan dalam talian. Walau bagaimanapun, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk sendiri dengan pengalaman yang beliau perolehi selama 12 tahun menjalankan perniagaan online.

Memilih untuk mengeluarkan minuman Mai Kolagen Ready To Drink berasaskan sarang burung Walit kerana khasiatnya yang pelbagai, Puan Maisarah tidak pernah menyesal walau penerimaan dalam kalangan masyarakat terhadap minuman sarang burung Walit masih rendah.

Tambah beliau, “Untuk berjaya dalam perniagaan  usahawan haruslah mempunyai minat dan jati diri yang tinggi serta berani mengambil sesuatu keputusan dan risiko”.

Website: http://dsara.com.my/Food-beverage/collagen-bird-nest-drink

Jujur & jangan fikir untung besar – Zaliza Binti Ibrahim

Deliza merupakan jenama tepung kek segera keluaran syarikat milik Puan Zaliza. Beliau yang berasal dari Kelantan telah menetap di Kedah selama 23 tahun. Menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan tepung kek, beliau melihat ada potensi yang besar dalam perniagaan ini.

Buat masa ini beliau mempunyai 3 variasi tepung kek segera iaitu tepung kek coklat, tepung kek kurma dan tepung kek serbaguna.

Bukan mudah untuk memasarkan produk-produk keluaran syarikatnya kerana kebanyakan kedai meletakkan syarat bil to bil atau consignment yang menyebabkan beliau mengalami masalah kekurangan modal. Namun, perkara itu tidak pernah mematikan impian meluaskan penjenamaan produk syarikatnya.

Katanya,”Kita perlu jujur dalam perniagaan, jangan fikir untung besar. Berniaga tidak mudah seperti yang kita bayangkan, jadi jangan pernah menyerah”.

Facebook: https://www.facebook.com/delizatepungkek/

Instagram: https://www.instagram.com/deliza_tepungkek/

Jangan putus asa & usaha hingga berjaya – Tiruselvan A/L Arumugam

Menjalankan pernigaan sebagai pengeluar daun teh yang dihasilkan menggunakan daun kelapa sawit merupakan satu cabaran baru buat saudara Tiruselvan, 47.

Fylio OPAL Herbal Tea, merupakan teh herba keluaran syarikatnya. Memandangkan ini adalah teh herba pertama dunia yang dihasilkan dengan daun kelapa sawit, proses mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai prosedur perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanan produk keluaran syarikatnya.

Namun, setelah satu tempoh yang agak panjang akhirnya syarikat ini menerima pengiktirafan sijil halal  JAKIM dan sijil GMP daripada KKM. Tambah beliau, dengan adanya kelulusan daripada JAKIM dan KKM ini akan membuka peluang baru buat perniagaannya.

“Semua PKS yang sedang berusaha meningkatkan perniagaan perlulah mempunyai keyakinan diri dan jangan mudah putus asa serta berusahalah sampai berjaya kerana kesabaran diperlukan untuk melihat hasil perniagaan yang baik”, kata beliau ketika ditemubual kami.

Website: http://fyllo.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/fylloopalgreentea/

Shopee: https://shopee.com.my/Fyllo-Opal-Herbal-Tea-i.143503046.2167338289

Sentiasa bantu sesama PKS – Rusniza Binti Rusli

Dapur Spices merupakan jenama Rempah Serbaguna Ready 2 Cook dan Chili Flakes Ready 2 Eat hasil usaha Puan Rusniza yang juga bekas pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta pada suatu masa dahulu.

Menurut beliau, banyak produk bumiputera yang seumpanya berada di pasaran pada hari ini dan pihaknya melihat itu sebagai satu persaingan sihat di mana beliau mampu menonjolkan kelebihan rasa produk keluaran syarikatnya.

Katanya lagi, “Jangan jemu berusaha, sentiasa bantu sesama PKS dan naikkanlah jenama produk tempatan”.

Antara produk keluaran syarikat beliau yang boleh didapati secara dalam talian termasuklah Rempah Serbaguna Ready 2 Cook Tomyam, Asam Laksa, Rempah BBQ dan Black pepper. Manakala untuk Chili Flakes Ready 2 Eat ada 4 pilihan perisa iaitu Crunchy Garlic Chili Flakes, Crunchy Shallots Chili Flakes, Anchovies Chili Flakes dan Shrimp Chili Flakes.

Website: http://dapurspices.com/

Jom sokong jenama tempatan!

Semoga kisah dan nasihat mereka menjadi teladan buat korang yang baru nak memulakan perniagaan. Percayalah pada produk dan usaha korang selama ini.

Bantulah sesama sendiri dalam usaha menyokong ekonomi anak watan negara di samping menjayakan lagi kempen belilah barangan buatan Malaysia.

SKIP THIS AD ×