Zaman sekarang ni bukan senang nak cari pemuda yang sanggup korbankan masa untuk lepak dengan member, main game, tengok television semata-mata untuk membantu warga yang tak bernasib baik. Seorang pemuda yang berumur 25 tahun, Rayyan Haries kini jadi sukarelawan di Greece untuk membantu pelarian dari Syria.
Nama pemuda ni makin dikenali kerana apa yang dilakukan Rayyan telah mendapat perhatian ramai pihak sejak beberapa hari ni.. Lagi-lagi di media sosial.
Pernah dibuang universiti, dihalau rumah..
Memetik dari mynewshub, sebelum Rayyan berada di mana dia berada sekarang, macam-macam cabaran yang perlu ditempuhi termasuk lah pernah dibuang universiti, dihalau rumah sewa dan terpaksa menahan lapar sebab kehabisan wang..
Sejak dari peristiwa itu, Rayyan bertekad untuk meneruskan hidup dan memasang niat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan.
Simpan duit 3 tahun untuk mengembara..
Semuanya bermula apabila Rayyan menyimpan duit selama tiga tahun untuk mengembara serta beramal di 15 negara. Ia bermula dari Indonesia, Filipina, Jepun, Nepal dan beberapa negara yang mengalami bencana alam.
Sekarang ni Rayyan telah berada di Greece untuk membantu pelarian dari Syria yang cuba masuk ke Eropah akibat daripada peperangan militan ekstremis IS di sana.
Jalankan projek ‘The Volunteer Cook’
Rayyan juga kini mula menjalankan projek ‘The Volunter Cook’ di mana Rayyan mengendalikan sebuah pondok dapur kecil demi meringankan beban pelarian Syria di Kepulauan Lesvos.
Selain itu, Rayyan juga menjalankan kempen #Give50Cent, dia berharap supaya dapat mengumpul 0.50 EURO (RM 2.50) untuk setiap satu set hidangan makanan buat pelarian. Lebih 2,000 pelarian yang berkunjung ke pondoknya demi menikmati makanan yang lazat serta harga yang ditawakan amat murah.
Kerja sambilan untuk survive
Bercerita mengenai bagaimana Rayyan boleh survive dalam pengembaraannya, dia beritahu duit yang dikumpulnya adalah dari kerja sambilan yang dilakukan di setiap negara yang dilawati. Termasuklah kerja-kerja kampung seperti berkebun di kebun sayur dan memetik buah.
Contohnya saya ke India dan Nepal pada Julai lalu untuk melakukan kajian mengenai tempat-tempat menarik dan kerja sosial di sana.
Saya diminta mengumpul maklumat mengenai perkara itu untuk sebuah organisasi di ibu negara dan pada masa sama, saya mengambil peluang untuk melakukan aktiviti sukarelawan untuk membantu masyarakat tempatan.
Rayyan juga menambah bahawa dia mempunyai rakan yang ramai di seluruh dunia dan sekurang-kurangnya dia mengembara dan melakukan kerja amal untuk membantu orang.
Sumber: mynewshub