berita

Pernah Dikhianati Pekerja, Kieda Crepe Sebak Lepaskan Staf Terbaik – ‘Masuk Cara Elok, Saya Hantar Keluar Cara Elok’

December 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

kieda staff

Ushawan Kieda Crepe meluahkan perasaan sedih apabila salah seorang stafnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Berhentikan 5 Staf, 7 Lagi Kena Surat Amaran – ‘Semoga Tiada Dendam Di Hati Mereka’

Berat untuk lepaskan

kieda staff

Menerusi video yang dimuat naik, Kieda bersama pekerja-pekerjanya dilihat sedang meraikan hari terakhir salah seorang staf yang dikenali sebagai Kak Leha.

Saya sangka saya akan kehilangan staf pada bulan 11 sahaja..yang menyakitkan rupanya bulan ini saya kena lalui lagi fasa itu.

Tapi berbeza keadaan bila masuk cara elok dan saya hantar keluar cara elok dengan irangan kata maaf, berpelukkan, berjanji takkan mengkhianati sesama team, insyaAllah.

Dalam pada itu, Kieda menyifatkan Kak Leha sebagai seorang pekerja yang baik selain memuji kemahirannya dalam menghasilkan manisan.

Kieda yang tidak mampu menahan air mata, mengakui berat untuknya melepaskan wanita itu kerana dia tidak pernah menimbulkan masalah sepanjang bekerja.

Berat untuk kami lepaskan Kak Leha, salah seorang team yang berpengalaman bahagian lenggang. Yang langsung tak pernah tinggi suara dekat saya atau team lain. Tak pernah bergaduh bermasam muka dan tak pernah merungut apa-apa pun. Kerja sangatlah tulus tak kira tenaga dan masa.

Tapi tetap saya dan team lepaskan sebab Kak Leha kena ikut suami kerja jauh, sampai kita berjumpa lagi kesayangan ku. Kami semua sayang kamu, manusia baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga tidak dapat menahan sebak melihat momen terakhir Kak Leha bersama rakan-rakan sekerja dan majikannya.

Terdahulu, Kieda bertindak memberhentikan lima orang staf dan tujuh orang lagi pekerjanya diberikan surat amaran akibat mewujudkan ‘group chat’ rahsia ekoran tidak berpuas hati terhadapnya.

@hqkiedacrepepenang

Sangat berat untuk saya ucapakan selamat tinggal.. tapi saya perlu lepaskan kamu … Sampai berjumpa lagi manusia baik.. kieda sayang kak ? #hqkiedacrepe_penang #kiedacrepe

? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Sumber: TikTok Kieda Crepe

SKIP THIS AD ×