Pernah diperlekeh sesetengah pihak gara-gara membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh, warga emas ini akhirnya mampu tersenyum lebar apabila usahanya membuahkan hasil.
Rumah terapung ketika banjir
Beberapa bulan lalu, warga emas yang dikenali sebagai A, Bakar Che Ahmad dari Kampung Tebak, Kemamam telah melakukan inovasi terhadap rumahnya dengan menggunakan 69 biji tong plastik yang berfungsi sebagai pelambung bagi memastikan rumah terapung dan tidak ditenggelami air ketika banjir. Bahkan rumah tersebut boleh terapung pada ketinggian 5 meter (m).
Difahamkan, idea tersebut tercetus selepas rumah pasangan ini, A. Bakar, 67 dan isterinya, Fatimah Salleh, 61, sering dilanda banjir. Kos keseluruhan bagi membina rumah terapung berkenaan berjumlah kira-kira RM47,000.
Baru-baru ini, anak kepada pasangan warga emas ini berkongsi keadaan rumah bapanya yang langsung tidak ditenggelami air ketika musim banjir. Menurut individu ini, bapanya telah memasang tiang pengikat rumah untuk memastikan rumah tersebut tidak hanyut jauh dari kawasan asal.
Susulan daripada itu, tuan rumah berharap ianya boleh dijadikan inspirasi buat semua. Video tersebut telah mendapat hampir 2.9 juta tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain memuji kreativiti dan kebijaksanaan warga emas ini.
Video
Sumber: TikTok Jimat_fishing2, Sinar Harian