berita

Pernah Dirogol Ketika Usia 15 Tahun, Demi Lovato Dedah Kisah Silam Menerusi ‘Dancing With The Devil’

March 18th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan penyanyi Hollywood, Demi Lovato yang mempunyai suara lunak, jadi tidah hairanlah jika dia mempunyai peminat yang ramai. Walaupun berdepan pelbagai kontroversi, Demi dilihat semakin berkembang jaya.

Terbaru, dokumentari dirinya berjaya menarik perhatian ramai apabila dia dikatakan mendedahkan sejarah silam yang mungkin ramai tidak pernah tahu.

Saya tak setuju

Selain cerita pengambilan dadah berlebihan pada 2018, dia turut menyingkap pengalaman menjadi mangsa rogol ketika berusia 15 tahun. Semua kisah silam penyanyi ini didedahkan menerusi dokumentari mengenai dirinya berjudul Demi Lovato : Dancing With the Devil.

Kami memang bercinta tapi saya masih dara dan saya tidak mahu kehilangan dengan cara begini. Dia tetap melakukannya walaupun sudah ditolak. Ini mungkin salah saya kerana masih setuju ikut dia masuk ke bilik dengannya.

Menurutnya ketika ditemui di XSW Film Festival, kejadian itu berlaku pada penghujung tahun 2000 ketika dia terbabit dengan penggambaran program untuk Disney Channel. Dokumentari yang bakal  ditayangkan di YouTube pada 23 Mac ini turut mendedahkan bahawa lelaki terbabit sebenarnya cinta hatinya dan Demi Lovato turut akui saling menyukai antara satu sama lain.

Namun, keterlajuran mereka membuatkan dia tertekan memandangkan dia masih belum bersedia melakukan hubungan intim. Pada waktu sama, dia juga mendapat tekanan untuk menjaga imejnya. Malah, menurutnya keluarganya sangat mementingkan maruah diri serta kehormatan diri memandangkan mereka tidak mengamalkan seks bebas sebelum berkahwin.

Dokumentari kebangkitan

Demi Lovato turut mengakui dia masih dara dan tidak mempunyai pengalaman malam pertama yang romantis. Perkara ini semakin parah apabila dia sering bertemu dengan lelaki terbabit. Akibat tekanan melampau, dia melaporkan perbuatan kekasihnya kepada keluarga. Namun, dia kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil. Pengakuan Demi Lovato  dalam dokumentari tersebut seakan memberi petunjuk bahawa lelaki terbabit kemungkinan seorang bintang filem

Dokumentari ‘Dancing With the Devil… The Art of Start Over’ yang bakal ditayangkan mempunyai 4 episod selama 10 ke 15 minit. Album ini adalah mengenai kisah bagaimana dia bangkit dan berada di tempatnya sekarang.  Dalam dokumentari tersebut turut diceritakan mengenai kontroversina pada 24 Julai 2018 dimana dia menggunakan heroin secara berlebiham

Sumber : Variety

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×