berita

Pernah Ditegur Tutup Kedai Kerana Tiada Kebenaran, Peniaga ‘Ludah’ Bungkusan Durian Henti Operasi

May 19th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

tin

Akibat dari isu ‘ludah’ dalam bungkusan durian, peniaga durian tersebut terpaksa menutup gerai dan tapak niaga terbabit telah dikongsikan. Kes ini telah mendapat liputan meluas dan perhatian dari orang ramai. Ada yang mengatakan bahawa peniaga itu hanya meniup bungkusan dengan tujuan kebersihan.

Tapi wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 kawasan itu menasihatkan kepada peniaga tersebut supaya menutup gerai berkenaan.

Langkah keselamatan & kebersihan

Screen Shot 2016-05-19 at 11.17.48 PM

Foto Kredit: Sinar Harian

Selepas tersebarnya video viral peniaga seperti ‘meludah’ di bungkusan durian, mereka dinasihatkan supaya berhenti operasi supaya mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Tepat jam 10 malam, peniaga yang juga warga Indonesia akur untuk mengosongkan tapak perniagaan bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan, yang juga menjaja tanpa kebenaran.

Amir Fazlee Khalid dari Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, teguran ke atas peniaga tersebut telah dilakukan minggu lalu atas kesalahan meniaga tanpa kebenaran. Namun, amaran tersebut tidak dipedulikan.

Mereka tak sedar kelakuan mereka telah jadi viral dan mereka menafikan tidak meludah pada durian yang dibungkus sebaliknya hanya meniupnya.

Tapi untuk mengelakkan insiden tak diingini, kami mohon supaya mereka mengemas jualan dan beredar dari kawasan memandangkan lokasinya terletak di kawasan perumahan.

Perlu dijadikan pengajaran

Ini durian kasi LUDAH/TUIII/PUIII/PUHHH dulu baru laris oooo…..Kalau dia puhhh pun air ludah tepercik oooo…manyak sedap.Harap2 cuma tiup habuk lerr……huhu

Posted by Ismail Abu Hassan on 18hb Mei 2016

Menurut Amir juga, masyarakat perlu ambil iktibar susulan insiden tersebut yang sering mempersoalkan tindakan penguat kuasa berkenaan isu penjaja.

Banyak pihak marah apabila tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas penjaja namun sebaliknya ia adalah langkah pencegahan dan kawalan bagi mengelakkan insiden seperti ini.

Sedikit sebanyak isu video viral ini buka mata semua pihak isu kebersihan dan pentingnya kawalan.

Sementara itu, menurut laporan dari Sinar Harian, mereka buat tinjaun di lokasi perniagaan kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Tapak niaga tersebut telah pun dikosongkan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×