Pernah dinobatkan sebagai pemenang hadiah Nobel, Malala Yousafzai kini sudah bergelar graduan Oxford University. Malala yang pernah ditembak di kepala oleh Taliban kerana memperjuangkan hak pendidikan pelajar perempuan di Pakistan, berkongsi berita gembira tersebut di akaun Twitternya.
Hard to express my joy and gratitude
Selepas hampir lapan tahun ditembak oleh Taliban ketika berada dalam bas sekolah di Lembah Swat, Pakistan, wanita berusia 22 tahun itu dipercayai berhijrah ke Britain untuk mendapatkan rawatan dan menyambung pengajiannya. Terbaru, dia memuat naik foto bersama keluarga semasa mereka meraikan kejayaannya bergelar graduan Oxford.
Sukar untuk meluahkan kegembiraan dan kesyukuran kerana berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Oxford University. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi buat masa sekarang, saya akan habiskan waktu dengan Netflix, membaca dan tidur.
Menurut Malala, dia sangat gembira kerana berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Falsafah,Politik dan Ekonomi di universiti tersebut.
Memperjuangkan isu pendidikan kanak-kanak
Terdahulu, kisah hidup Malala sewaktu berusia 11 tahun pernah menjadi perhatian seluruh dunia apabila dia menjadi mangsa keganasan di bawah pentadbiran Taliban. Malala ditembak di kepala oleh penembak upahan pada Oktober 2012 dan diterbangkan ke Britain bagi menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. Kesemua keluarga Malala turut mengikutnya pada ketika itu dan mengambil keputusan untuk menetap di Birmingham, England.
Mengulas mengenai kemenangan Hadiah Keamanan Nobel, Malala dipilih kerana memperjuangkan isu menentang penindasan kanak-kanak dan orang muda serta memperjuangkan hak kanak-kanak untuk belajar.
Sumber: Malala Yousafzai & BBC News