berita

Pernah Jual Keropok Dari Meja Ke Meja, Lelaki Ini Tak Sangka Lepas Dua Tahun Dia Akhirnya..

September 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

‘Alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke panggal lengan’, itulah yang boleh digambarkan mengenai kesungguhan seorang lelaki menjaja makanan di tepi jalan demi sesuap nasi. Dia berjalan kaki dari satu meja ke satu meja untuk menjual keropok dengan harga RM2 sebungkus.

Kini, dia sudah mampu memiliki sebuah premis perniagaan hasil jualan yang dikumpulnya selama dua tahun menjaja. Dia juga memohon maaf kerana terpaksa mengganggu pelanggan ketika mereka menjamu selera sebelum ini.

Minta maaf ganggu makan

Assalammualaikum. Kawan-kawan PSP. Ingat lagi tak. Saya jual keropok sambil membawa bakul? Bakul yang penuh berisi keropok. Saya sebenarnya nak minta maaf kepada kawan-kawan PSP semua atas kehadiran saya jual keropok dahulu. Anda tengah menjamu selera bersama keluarga tiba-tiba saya muncul datang di tepi anda.

“Assalammualaikum. Saya minta maaf encik ganggu encik makan. Saya jual keropok sebungkus 2 ringgit” Tersengih-sengih saya di hadapan anda. Tetapi dalam hati saya letakkan harapan tinggi kawan-kawan dapat beli keropok saya tu. Ada yang beli walaupun dalam keadaan marahkan saya. Ada yang beli sebab sokong perniagaan saya. Ada yang halau saya. Ada yang mencemuh saya. Ada yang suruh simpan baki. Ada yang ketawakan saya.

Saya minta maaf atas kehadiran saya menjual keropok secara meja ke meja selama 2 tahun. Saya minta maaf kerana mengganggu kawan-kawan PSP semua menjamu selera. Banyak dosa saya dengan kawan-kawan PSP. Maafkan saya ya. Sungguhpun begitu, dalam masa 2 tahun. Saya berjaya dapat kumpul sedikit modal untuk mulakan semula perniagaan Udang Mayo yang sekarang.

Sudah capai impian

Modal ilmu, pengalaman, motivasi dan semangat. Semua ini saya dapat di jalanan. Menjual keropok secara meja ke meja. Kepada tuan-tuan kedai di dekat Satey Semeling, medan selera Taman Ria, street food Lagenda Height, peniaga-peniaga di uptown yang memberi kebenaran saya menjual di premis anda. Saya nak ucapkan terima kasih.

Anda banyak menyokong saya. Terima kasih. Hari ini saya sudah ada premis perniagaan seperti anda. Dalam masa saya menjual keropok saya berangan-angan nak ada kedai. Hari ini sudah tercapai impian saya. Selain itu juga saya akan kembangkan lagi perniagaan di Taman Sejati. Alhamdulillah. Syukur Allah bagi juga saya perniagaan yang bagus buat saya. Rezeki.

Anda semua adalah idola saya. Yang pernah membantu saya saat kesusahan dan kemiskinan. Saya berjanji. Saya akan berusaha sampai berjaya. Terima kasih para pembeli keropok saya dahulu. Terima kasih. Bagi yg belum tahu lokasi kedai Udang Mayo. Saya berniaga di dalam foodcourt Garden Station (sebelah Tesco Bakar Arang). Saya mula berniaga jam 5 petang sampai 11.30 malam.

Sumber: Udang Mayo Sungai Petani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×