berita

Pernah Kahwin ‘Olok-Olok’ Di Universiti, Wanita Tak Sangka Lepas 7 Tahun Berjodoh Dengan Lelaki Sama – ‘Masin Mulut Mak’

March 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sangka dari hanya kahwin ‘olok-olok’ bersama rakan universiti hampir tujuh tahun lalu akhirnya menyatukan pasangan ini ke jinjang pelamin!

Kahwin ‘olok-olok’ ke jinjang pelamin

Kisah tersebut dikongsikan di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Nor Syakiroh. Bercerita kembali kisah sekitar tahun 2015 yang lalu, wanita ini memaklumkan dia dan seorang lelaki pernah berkahwin secara ‘olok-olok’ demi menyiapkan video assignment ketika di zaman universiti.

Wanita ini mengakui tidak sangka dia dan lelaki itu akhirnya berjodoh dan sah bergelar suami isteri pada tahun ini. Nor Syakiroh sempat berseloroh mengatakan perkara tersebut mungkin berkait rapat dengan ‘mulut masin’ ibunya ketika menonton video tersebut tujuh lalu.

2015: Group partner. KaHwin untuk assignment. Lah kahwin betul-betul.

2022. Masin mulut mak aku masa tengok video assignment ni.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 313k tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini. Bukan itu sahaja, ada segelintir daripada mereka tertarik dengan kisah cinta pasangan ini yang dianggap jarang-jarang berlaku. Tidak cukup dengan itu, mereka sempat bergurau mengenai ‘kekesalan’ mereka yang tidak mencuba permainan kahwin ‘olok-olok’ ketika zaman dahulu.

Video

Komen netizen

Sumber: Nor Syakiroh (ladolcesyakirah)

SKIP THIS AD ×