Pernah meraih Top 3 semasa musim ke-3 program One In A Million, penyanyi kelahiran Sabah iaitu Esther kini kembali dengan semangat yang baru untuk menebus kekalahan lamanya.
Artikel Berkaitan: Pemuda Asal Kedah Berhasrat Hadiahkan Ibu Kaki Palsu Jika Menang Calpis Soda OIAM – ‘Saya Mahu Ubah Hidup Insan Syurga Ini’
Artikel Berkaitan: Anggota Bomba Sabah Lolos Ujibakat Calpis Soda OIAM! Anggap Rezeki Arwah Anak – ‘Menyanyi Adalah Terapi Saya’
Saya kecewa & trauma dulu
Mengimbau kenangan ketika itu, Esther mengakui usianya yang masih muda, hanya 21 tahun, mungkin menjadi faktor dia tersingkir. Tambah Esther, sejak dari itu juga dia bertekad untuk tidak menyertai mana-mana program realiti televisyen. Namun kini, pengalaman dan kematangan mendorongnya untuk mencabar diri sekali lagi dan menebus semula kegagalan beliau 15 tahun dulu.
Waktu tersingkir, saya sangat kecewa dan trauma. Pada musim ke-3 itu, saya masih muda dan kurang berpengalaman. Namun, pengalaman itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus maju. Saya tertanya-tanya bila OIAM nak buat comeback dan saya mahu masuk.
Ujar Esther lagi, dia berasa gembira kerana Calpis Soda One In A Million kini kembali setelah 15 tahun menyepi.
Selepas 15 tahun, inilah masa untuk saya berjuang kembali, siapa tahu mungkin saya berjaya sehingga ke pentas akhir dan dinobatkan juara sekaligus.
Disoal mengenai kerjaya seni yang dilakukan setelah tersingkir di musim ke-3, Esther berkata, dia hanya fokus pada jemputan persembahan dan pertandingan sekitar Sabah sahaja. Salah satu pertandingan yang disertainya ialah Juara Lagu Artis Sabah.
Jika dikenang OIAM musim ke 3, pada ketika itu adalah pengalaman yang cukup best dan mahal. Memang sangat tidak boleh dilupakan. Jadi harapan saya untuk Calpis Soda One In A Million kali ni adalah dapat diterima juri dan peminat agar dapat diperkembangkan di seluruh Malaysia. Harap juga supaya ada manis manis sedikit, kalau juara tu bonus lah bagi saya. Saya sudah 15 tahun tenggelam.
Saya memang masuk Calpis Soda One In A Million ini pun kerana mahu ingin membalas dendam yang dah tersimpan selama 15 tahun. Harap juga dapat membalas balik segala benda kepada peminat saya yang sudah menyokong saya sejak dulu.
Menurut Esther, dia mendapat tahu mengenai uji bakat OIAM menerusi laman sosial Facebook. Berikutan daripada itu, dia perlu membuat pemilihan lagu dan persiapan dalam tempoh masa seminggu sahaja.
Kali ini saya nak bawa kelainan dari segi kreativiti, penyampaian lagu dan persembahan. Untuk yang mengenali saya, saya kini kembali untuk tebus kekalahan saya, mungkin awal muda time tu tak sempat nak kata apa-apa kepada semua yang dah mengundi. Saya harap kelab peminat saya akan wujud semula.
Pertandingan ini bagi saya cabaran dia best, saya suka. Kena lalui banyak stage, top 100 dan seterusnya sehingga sampai top 12. Pengalaman 15 tahun tu banyak mengajar saya. Awal dulu saya banyak give up, kali ni saya masih ingin terus berjuang. Beza kali ini juga, waktu uji bakat bagi saya sudah ada ilmu. Dulu kosong.’
Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.