berita

Pernah Kasihan Baru Jadi Janda, Isteri Dakwa Suami Curang Dengan Pelakon Terkenal, Kantoi ‘Check-In’ Hotel?

October 28th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Tribunnews

Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan perhubungan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hari tua. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik mengecapi kebahagiaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Dituduh Pukul Suami Dengan Besi Dumbbell Sebab Curang, Isteri Pelakon Buka Mulut – ‘Apa Yang Dia Lakukan Lebih Dari Itu’

Artikel Berkaitan: Pelakon Terkilan Isteri Didakwa Curang Dengan Kawan Baik Sendiri Masa Berbasikal, Kantoi Bercium Dalam Tandas?

Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama Irena Fabiola mendakwa suaminya berlaku curang dan bermadu kasih bersama seorang pelakon terkenal Indonesia.

Dakwa suami skandal dengan artis

Foto: Irena Fabiola & suami, Ichas Reinaldy (Kapanlagi)

Memetik laporan Suara.com, Irena Fabiola tampil mendedahkan kepada publik mengenai perselingkuhan suaminya, Ichsan Reinaldy bersama pelakon cantik, Thalita Latief. Difahamkan, Thalita Latief telah mendirikan rumah tangga bersama Dennis Rizky pada tahun 2011 namun pada Julai 2021 yang lalu, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah.

Dakwa Fabiola, pada awalnya dia langsung tidak mengesyaki suaminya itu berlaku curang sehinggalah pada satu tahap dia melihat perubahan sikap si suami. Bercerita dengan lebih lanjut, Fabiola mendakwa suaminya sudah jarang pulang ke rumah sejak Ogos lalu sedangkan sebelum ini hubungannya bersama suami berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dakwa ‘check-in’ hotel sama-sama

Foto: Irena Fabiola (Kapanlagi)

Fabiola juga mendakwa hampir setiap malam dia melihat suaminya dan Thalita berhubung antara satu sama lain menerusi pesanan ringkas. Meskipun tahu isi kandungan mesej tersebut namun Fabiola memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Tidak terhenti di situ, Thalita didakwa sering menghantar makanan kepada suami Fabiola selain menjemput lelaki itu di apartmentnya.

Lebih mengejutkan apabila ada dakwaan mengatakan Ichsan dan Thalita pernah menginap di bilik hotel yang sama. Difahamkan, Fabiola telah memfailkan penceraian terhadap Ichsan pada 23 Ogos yang lalu.

Penjelasan Thalita Latief

Foto: Thalita Latief (Suara.com)

Berikutan daripada isu itu, Thalita Latief telah membuka mulut menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. Thalita mengakui tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Ichsan dan Fabiola selain menegaskan dirinya bukanlah seorang perempas dan dia langsung tidak ada kena mengena dengan masalah tersebut.

Dakwa Thalita, hubungannya dan Ichsan hanyalah sekadar kawan baik dan bukannya seperti yang digembar-gemburkan. Menurut Thalita, kemungkinan namanya dikaitkan hanya kerana dirinya berstatus ‘janda’.

Sumber: Suara.com, Hot Detik, Tribunnews

SKIP THIS AD ×