Usahawan dan selebriti media sosial iaitu Iddin Syah mengakui perasaan trauma masih membelenggu dirinya susulan pernah ditipu hampir ratusan ribu ringgit oleh rakan niaga sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Tuntut Hutang, Dakwa Penyanyi Wanita Liat Bayar RM150,000? – ‘Perangai Serupa Dengan Taik!’
Artikel Berkaitan: ‘Takkan La Saya Berani Buat’ – Dikecam Kerana Edar Produk Di SJR, ‘Founder’ Kecantikan Tampil Beri Penjelasan
Serik berbuat baik
Menurut Iddin, dia serik untuk berbuat baik kepada individu lain selepas insiden kerugian tersebut.
Tambah Iddin atau nama sebenarnya Muhammad Iddin Syah Mohd Fauzi, 29, pengalaman lalu banyak mengajarnya dan menjadikan dia takut untuk menghulurkan bantuan sewenang-wenangnya terutamanya berkaitan bantuan kewangan.
Fobia tu memang ada dan jadi takut nak rapat dengan orang malah jadi pengajaran buat saya sampai takut nak beri orang pinjam duit.
Saya sebelum ini berbaik dengan semua orang tapi lepas berlaku insiden sebelum ini (ditipu), jadi takut nak jadi peramah malah lebih baik saya kecilkan kenalan.
Saya tetap akan memberi bantuan tapi bukan berbentuk duit dan sekarang ini saya dah berhenti beri pinjam duit tak kisah keluarga,kawan rapat pun tidak lagi bagi pinjam duit.
Rezeki semakin bertambah
Berbicara lebih lanjut, Iddin bersyukur kerana aturan Allah terhadapnya sangat baik selepas itu.
Ujar Iddin, rezekinya semakin bertambah, malah produk kosmetik miliknya iaitu ESW bakal dipasarkan ke luar negara iaitu di Qatar, Indonesia, Brunei dan Nigeria.
Walaupun pernah ditipu, bukan penghalang buat saya untuk terus bangkit dan pasarkan produk ESW ke luar negara memandangkan mendapat sambutan tinggi pengguna.
Saya memang dalam perancangan untuk pasarkan ke luar negara malah ada permintaan tinggi daripada pengguna luar negara.
Produk kecantikan saya (ESW) dijangka akan berada dipasaran pada hujung tahun ini bermula di Indonesia dan Qatar.