berita

Pernah Kenal Lelaki Panas Baran, Shila Amzah Mohon Wanita Berhati-Hati

August 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Shila Amzah sering membuka ruang untuk kalangan peminat mengajukan apa sahaja soalan tak kisah sama ada perihal peribadi atau kerjaya di Instagram Stories.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Lelaki Rajin, Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa’ – Shila Amzah

Biggest red flags?

Terbaharu, Shila ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang akan membuatkan dia ‘turn off’ dalam sebuah perhubungan.

Jawab penyanyi berumur 32 tahun ini, dia menolak sekerasnya jejaka yang bersikap panas baran iaitu kaki maki dan pukul serta tidak mempunyai ‘common sense.’

Memang seram

Kenyataan dari pemilik nama lengkap Nur Shahila Amir Amzah mendapat sokongan daripada warganet yang akui takut berdepan dengan lelaki yang suka melakukan kekerasan.

Saya pun setuju dengan Sha (panggilan Shila). Seram dengan jenis lelaki yang maki hamun dan (kaki) pukul. Seperti wanita yang hidup dalam ketakutan. Harap kita dijauhkan dari mereka.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu menyatakan dia pernah berada dalam situasi terbabit. Katanya, perwatakan luaran nampak romantik namun tidak seindah seperti yang disangka.

Sebelum ini, Shila memberitahu dia tidak pernah menutup pintu hati selepas gagal dalam berumah tangga namun akan lebih berhati-hati soal pasangan.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

SKIP THIS AD ×