Pompeii pernah menjadi sebuah kota yang berkembang maju dari segi pembangunan dan ketamadunan. Namun, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu juga membangun sebagai pusat pelacuran. Masyarakat Pompeii pada ketika itu mengamalkan ajaran mithra iaitu menyakini alat kelamin serta persetubuhan tidak patut disembunyikan.
Pada 24 Ogos tahun 79 Masihi, penduduk wilayah Pompeii yang terletak di bandar Napels, Itali menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa menyedari segalanya akan berakhir dalam sekelip mata sahaja. Walaupun tempat tinggal mereka terletak berdekatan dengan gunung berapi Vesuvius, semua penduduk di situ tidak menghiraukannya. Ini kerana, gunung tersebut sudah tidak lagi meletus sejak beratus tahun yang lalu.
Letusan gunung berapi
Foto: gunung berapi Vesuvius
Pada hari yang sama, secara tiba-tiba gunung tersebut meletus dengan sungguh dahsyat. Letusan tersebut berlaku secara terus menerus selama dua hari diiringi hujan debu, awan panas dan lava pijar. Tiada seorang pun yang terselamat pada masa itu. Malah, masyarakat Pompeii ditemui mati dalam keadaan yang tidak menyedari bencana akan datang secara tiba-tiba. Situasi yang berlaku ini amat sukar untuk difahami oleh pengkaji barat. Namun, jika dilihat dalam konteks agama Islam dan Al-Quran, perkara tersebut tidak mustahil berlaku akibat kemungkaran yang berleluasa dilakukan masyarakat pada ketika itu. Lebih menggemparkan, kejadian misteri yang melenyapkan kota Pompeii itu secara langsung menyimpan situasi sebenar kota Pompeii pada suatu ketika dahulu.
Hal ini juga menjawab segala persoalan kenapa kebanyakan jasad manusia ditemui dalam posisi sedang melakukan maksiat. Bagi umat Islam, situasi seperti di Pompeii ini tidak mustahil akan berlaku kerana di dalam Al-Quran terdapat banyak firman Allah mengenai bencana yang berlaku secara tiba-tiba terhadap kaum dahulu kala. Kejadian yang terjadi itu dipercayai sengaja dikekalkan oleh Allah S.W.T melewati zaman sehingga dapat dipertotonkan sebagai peringatan buat umat manusia sehingga kini. Berikut merupakan beberapa fakta mengenai warga Pompeii yang beku akibat letusan gunung berapi Vesuvius.
Mati sepantas kilat
Menerusi laporan National Geographic, pakar gunung berapi iaitu Giuseppe Mastrolorenzo, memberitahu bahawa kesemua masyarakat Pompeii meninggal dunia kerana lonjakan piroklastik yang tercetus dari gunung berapi Vesuvius. Lonjakan tersebut telah mengeluarkan abu setebal tiga sentimeter. Suhunya pula telah mencecah 300 darjah celcius.
Ketika proses cari gali dijalankan, kebanyakan pasangan meninggal dunia dalam keadaan sedang melakukan aktiviti seksual. Malah, ada juga pasangan sejenis dan kanak-kanak ditemui dalam keadaan yang sama. Sesetengah mayat pula dijumpai dalam keadaan sedang menikmati juadah sebelum gunung berapi itu meletus. Di samping itu, penyelidik juga mendapati ada ibu bapa yang melindungi anak-anak mereka ketika musibah itu melanda. Kesemua mayat tersebut terkubur di bawah debu.
Satu teknik penapisan plaster dan dalam satu case, ‘resin cast’ telah digunakan bagi mengekalkan butiran pada kubur mangsa. Walaupun tisu-tisu mayat sudah reput, namun setiap tulang kerangka masih kekal. Jadi, patung atau replika yang dilihat oleh masyarakat dunia pada hari ini merupakan mayat yang sebenar. Buat pengetahuan korang, hanya 86 peratus badan mayat sahaja yang masih wujud daripada 2 ribu jumlah keseluruhan mayat.
Garden of Figitives
Daripada 2 ribu mayat penduduk Pompeii, ahli arkeologi hanya berjaya menjumpai 1150 mayat sahaja. Ini bermakna majoriti daripada 20 ribu penduduk bandar Naples telah melarikan diri apabila letusan gunung berapi berlaku. The Garden of the Fugities menjadi lokasi paling banyak mangsa dijumpai. 13 orang telah terkorban di kawasan tersebut ketika ingin mendapatkan perlindungan. Sembilan mayat ditemui di House of Mysteries pula. Mereka dipercayai meninggal dunia kerana terperangkap di bawah runtuhan bumbung rumah semasa kejadian tersebut berlaku. Dua orang mangsa ditemui di tempat mandian awam Stabian Thermal dan pasar.
Selain manusia, haiwan peliharaan masyarakat Pompeii turut terkorban ketika musibah itu. Antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran masyarakat Pompeii ialah anjing, kuda dan khinzir. Di pasar Olitorium, seekor khinzir dan anjing ditemui mati dalam keadaan kaki mereka terbengkok. Kajian mendapati, pemilik haiwan tersebut mengikat haiwan berkenaan kerana beranggapan haiwan peliharaan tersebut mampu bertahan ketika letusan gunung berapi fasa pertama. Pemiik tersebut juga dipercayai meninggalkan haiwan berkenaan bagi menjaga harta benda mereka sewaktu bencana.
Imej ‘Two Maidens’
Imej ‘Two Maidens’ sebelum ini dikenali sebagai dua orang wanita yang sedang berpelukan sesama sendiri ketika menghadapi kematian. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017, para penyelidik mendapati bahawa kedua-dua individu ini sebenarnya adalah lelaki dan mereka merupakan pasangan ‘gay’. Imbasan CT dan hasil ujian DNA juga mengesahkan mereka adalah lelaki. Pengesahan lanjut juga mendapati mereka tidak mempunyai hubungan keluarga. Mengenai soal umur, salah seorang daripada mayat tersebut berusia 18 hingga 20 tahun dan seorang lagi pula berusia 20 tahun lebih.
Tabiat penduduk Pompeii yang sentiasa melakukan hubungan seksual telah menyebabkan masyarakat yang berfikiran terbuka berasa malu. Malah, golongan tersebut menyifatkan penduduk di Pompeii mempunyai sebuah budaya yang hedonistik. Berbalik semula pada kisah penemuan kota Pompeii pada abad ke-16, pekerja-pekerja arkeologi terkejut melihat hasil lukisan seksual pada dinding dan barangan penduduk kota tersebut.
Barangan yang ditemui dianggap sangat sensitif dan menyinggung perasaan pada masa itu. Artifak-artifak tersebut dipercayai kekal tertanam sehingga abad ke-18. Pada tahun 1819, bakal raja pada masa tersebut turut terkejut dengan penemuan barangan erotik yang mana telah diarahkan untuk disimpan di dalam sebuah almari rahsia.
Artifak yang disembunyikan
Dalam banyak-banyak artifak dan barangan eroktik yang dijumpai, orang awam tidak dibenarkan melihat artifak ini sehingga tahun 2000. Apa yang mengejutkan masyarakat hari ini ialah, penduduk di kota Pompeii turut tertarik dengan perabot dan perhiasan yang erotik seperti arca dewa hutan sedang berasmara dengan seekor kambing. Karya seni tersebut dipercayai milik Lucius Pontifex iaitu bapa mentua kepada Julius Caesar. Disebabkan itu, memang tidak dinafikan kota Pompeii dikenali sebagai lambang seksual dan pusat pelacuran.
The Riddle of Pompeii
https://www.youtube.com/watch?v=J4JRTxbsgFY
Sepanjang sejarah dunia arkeologi, Pompeii menjadi satu-satunya kota yang mempunyai sejarah yang unik dan tersendiri. Pelbagai dokumentari mahupun kisah mengenai kota tersebut telah dihasilkan buat tatapan masyarakat pada masa kini. Bukan itu sahaja, kota Pompeii merupakan salah satu destinasi daya tarikan pelancongan buat mereka yang berkunjung ke Itali.
Sumber: National Geographic, History and Cosmos & Phinemo.com