Sesekali melihat foto-foto artis kesayangan, terasa pula diri ini mahu mempunyai kulit halus mulus, licin dan gebu seperti mereka bukan?
Namun, dek kerana sering tertipu dengan lambakan produk kecantikan yang hanya menjanjikan omongan kosong, niat penulis untuk mencuba produk-produk tersebut mati begitu sahaja.
Rasionalnya mudah sahaja, sejauh manakah perubahan boleh dilakukan oleh sesebuah produk itu apabila kebanyakan daripada mereka mengangkat selebriti yang sememangnya sudah sedia cantik sebagai duta?
Butik SRM terletak di The Garden
Mana taknya, lihat sahaja kepada beberapa nama selebriti yang telah dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan, baik dalam negara ataupun antarabangsa, agaknya mereka memang cantik semulajadi atau kesan produk tersebut ya?
Dek kerana kagum dengan pakej lengkap yang dimiliki oleh selebriti kegemaran, ramai juga para peminat yang terpengaruh lantas menggunakan produk tersebut dengan harapan mampu jadi secantik idola mereka. Usah nafikan, penulis juga pernah terjebak!
Bagaimanapun, baru-baru ini penulis telah dijemput untuk mencuba satu sesi rawatan di sebuah salon kecantikan bernama SRM yang terletak di The Garden.
Antara formulasi khas yang disedikan untuk kulit ‘unik’ anda
Tidak pernah dengar? Penulis pun pada awalnya tidak begitu peka dengan nama produk tersebut. Al-maklumlah, tiada pula nama-nama artis terkemuka yang mewakili produk ini.
Oleh itu, penulis lantas menggunakan teknologi yang ada iaitu Mr Google untuk menelaah asal-usul produk yang berasal dari Jepun itu di www.serumsolution.com dan srmskincare.
Secara ringkasnya, SRM merupakan singkatan daripada perkataan ‘serum’ yang mana produk ini dicipta berasaskan idea bahawa setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza dan memerlukan formulasi masing-masing untuk rawatan.
SRM ini adalah merupakan produk yang dikeluarkan oleh Jepun tau!
Kunjungan penulis di salon tersebut disambut mesra oleh Edvard Lee selaku eksekutif pemasaran bagi produk tersebut. Petah berceloteh mengenai pengalaman dirinya yang juga pengguna SRM, penulis nyata selesa dengan layanan dan penerangan yang diberikan.
Edvard memberitahu bahawa mereka tidak memerlukan selebriti sebagai duta kerana strategi perniagaan mereka berasaskan kepada kepuasan hati dan privasi pelanggan.
Malah, jika anda nak tahu, si pelakon cantik menawan, Anzalna Nasir agak kerap melakukan facialnya di sini! Patutlah cantik betul dia kan- terdetik kata itu di hati penulis.
Kuit penulis sedang dianalisa oleh konsultan!
Selepas berbual panjang, konsultan kecantikan SRM seterusnya menganalisa kulit penulis menggunakan mesin khas dan mendapati bahawa penulis mengalami masalah kulit kering serta tona tidak sekata. Ya! Itu diakui!
Sebaik sahaja kulit selesai dianalisa, penulis kemudiannya dibawa ke sebuah bilik sederhana besar untuk meneruskan rawatan facial dengan menggunakan formulasi yang disesuaikan dengan kulit.
Perbezaan kulit penulis dengan kulit yang sihat. Ouch!
Sesi rawatan facial yang dilakukan oleh penulis termasuklah cleansing, analyze skin, deep penetrating cleansing massage, steam, extraction dan mask.
Namun, apa yang lebih istimewa, penulis juga dapat menikmati shoulder massage yang sudah tentu mampu melegakan lenguh-lenguh bahu selepas seharian bekerja.
Kulit lebih lembab dan segar selepas rawatan!
Usai sahaja sesi rawatan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam, penulis mendapati bahawa permukaan kulit yang kering telah menjadi agak lembab dan lebih segar.
Secara peribadinya, penulis sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan dan sudah pasti akan menyusun jadual bulan ini agar sempat berkunjung ke sana.
Bagi yang kaum adam yang kini dilihat makin mementingkan kemulusan kulit, usah risau! SRM juga ada menyediakan servis untuk anda.
Mahu tunggu apa lagi? Jika para pembaca OHBULAN! sekalian berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh terus hadir ke salon mereka yang terletak di F226, Tingkat 4, The Gardens Mall atau boleh juga menghubungi mereka di talian 03 2282 8861.
Terima kasih semua!