berita

Pernah Tangguh Pengajian, Aina Abdul Kini Genggam Sarjana Muda Muzik Kontemporari

November 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas berpenat lelah, penyanyi Aina Abdul akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari di UCSI Universiti, Kuala Lumpur.

Pernah tangguh pengajian

Menurut Aina, 28, berkata majlis konvokesyen terpaksa ditangguhkan selama setahun kerana pandemik Covid-19. Kata pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghan, dia akui sukar untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama.

Saya dah habis belajar tahun lalu, tetapi majlis konvokesyen ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Alhamdulillah, akhirnya majlis graduasi berlangsung sebentar tadi dan saya secara rasminya telah berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda.

Bukan mudah untuk saya belajar dan bekerja dalam masa yang sama tetapi saya tetap berusaha mahu menamatkan pengajian. Ada ketika saya rasa letih tapi saya harus mencuba bersungguh-sungguh.

Saya pernah menangguhkan pengajian pada penghujung 2014 kerana menyertai Mentor Legend. Selepas itu, saya mula mencari tapak dalam bidang seni dan pada masa yang sama menyambung pengajian.

Peminat bagi semangat

Tambah pelantun lagu Sumpah, menyanyi sahaja tidak cukup, jadi dia harus melengkapkan ia dengan ilmu. Dalam pada itu, anak didik penyanyi rock Ella turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan semangat dan dorongan.

Keluarga, pensyarah, pihak universiti dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan tak berbelah bahagi.

Peminat saya, Ainations juga menjadi penguat semangat untuk saya melangkah lebih maju. Setiap kali jika saya rasa lemah semangat, saya terus teringat orang yang menyokong saya.

Saya tak boleh berhenti kerana ramai yang memberikan sokongan serta aura positif untuk melihat saya melangkah jauh. Saya harus banggakan mereka.

Sumber: Instagram @ainaabdul

SKIP THIS AD ×