Seperti yang kita sedia tahu bahawa Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merupakan seorang insan yang sangat bermurah hati dan merendah diri.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, KahDoubleE ada berkongsi pengalamannya apabila terserempak dengan Sultan Perak di Kinokuniya.
Pengalaman bertemu Sultan Perak
Menurut gadis ini, dia memaklumkan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu berlaku sekitar dua tahun lalu kita dia bersama bekas teman lelakinya pergi ke sebuah kedai buku, Kinokuniya. Pada ketika itu, Sultan Nazrin turut berada di kedai buku berkenaan tanpa ditemani oleh seorang pun bodyguard.
Namun tanpa disedari, gadis ini mengakui telah terlanggar Sultan Nazrin. Dia kemudian segera meminta maaf. Semasa bersembang, rupa-rupanya nama bekas teman lelaki gadis ini juga ialah Nazrin iaitu sama seperti nama Sultan Nazrin.
Bersembang dengan Sultan Nazrin
Sementara itu, Sultan Nazrin dikatakan sempat berseloroh dengan mereka dan berkata bahawa bakal anak pasangan ini juga boleh diberi nama Nazrin. Gadis ini menyifatkan Sultan Nazrin seorang insan yang sangat baik dan merendah diri.
Beri nama anak, Zara
Melihat di ruangan komen, ada dalam kalangan netizen sempat berkongsi pengalaman mereka apabila bertemu dengan Sultan Nazrin. Tidak cukup dengan itu, ada juga di antara netizen yang menamakan anak merekan dengan nama Zara iaitu sempena dengan nama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Sangat humble
Sumber: KahDoubleE