Menerusi sebuah program bual bicara milik stesen televisyen tempatan, pelakon, Catriona Ross (Kak Kek) berkongsi pengalaman ‘trauma’ yang pernah dialami olehnya kepada para penonton selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada tahun 2007.
Artikel berkaitan: ‘Tak Pernah Kenal Siapa Suhaimi’ – Catriona Ross Malas Nak ‘Berbalah’ Di Media Sosial
Artikel berkaitan: ‘Simpan La Kau Punya B*d*h Tu, Jangan Tunjuk Sangat’ – Suhaimi Saad
Alami pelbagai kecederaan
Kejadian itu berlaku pada bulan April 2007. Saya ingat lagi waktu itu saya tidur. Sedar-sedar saya sudah tercampak keluar dan berada di atas jalan raya. Saya nampak kereta kami jauh dan kecil sangat. Saya hanya dengar kawan saya minta maaf. Apabila saya cuba bangun, saya pandang bawah. Saya nampak kaki saya sudah patah. Saya terus pengsan.
Menurut Kak Kek, berita mengenai kemalangan ngeri itu pernah viral pada tahun 2007. Sewaktu kejadian, dia dalam perjalanan menemani rakannya untuk pulang ke kampung. Akibat kemalangan tersebut, dia mengalami kecederaan yang teruk termasuk patah kaki, retak tulang rusuk dan beberapa kecederaan yang lain. Susulan daripada itu, Kak Kek terpaksa menjalani pembedahan segera. Tambah Kak Kek, keadaannya pada masa itu sangat teruk dan semua pelawat yang datang ke hospital turut terkejut.
Kenyataan yang sangat pedih
Bercerita lebih lanjut, Kak Kek memberitahu bahawa dia terpaksa menerima satu kenyataan yang sangat pedih apabila seorang doktor pakar memaklumkan mengenai kesan jangka panjang yang akan dialami olehnya.
Ada doktor pakar beritahu saya terhempap tulang punggung. Saya tidak dapat hamil kalau berkahwin. Itu merupakan tamparan hebat buat saya. Tapi saya tak boleh benci dan marahkan doktor tersebut. Saya kena fight sebab saya percaya Allah maha berkuasa. Saya kena jadi duta pada diri sendiri. Tak apa ini ujian Allah. Jika saya tak kuat, badan pun akan lemah. Saya tak mahu hidup saya berakhir seperti ini pada usia 27 tahun. Saya ubah pemikiran ke arah positif.
Tanpa menyesali apa yang berlaku, Kak Kek berazam untuk segera pulih memandangkan usianya pada waktu itu baru 27 tahun. Jelasnya lagi, sikap positif tersebut menyebabkan dia pulih daripada kecederaan yang dialami termasuk boleh berjalan seperti biasa. Sebagai seorang wanita, dia bersyukur kerana bertemu jodoh dan menimang tiga orang cahaya mata selepas tragedi ngeri itu.
Sumber: Astro Gempak