Pejam celik pejam celik, hari ini merupakan hari ketiga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3. Meskipun sudah memasuki fasa ke-3, masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar arahan dan saranan pihak kerajaan. Justeru itu, seorang pelakon veteran iaitu Lan Zailan tampil memberi nasihat kepada orang ramai. Lebih menghiburkan, pelakon tersebut memberi nasihat dalam Bahasa Tamil.
Perlu kekal di rumah
Perdana Menteri dah cakap dalam Bahasa pun masih tak faham. Sekarang aku translate dalam Bahasa Tamil. Harap-harap korang semua faham.
Menerusi Facebook Lan Zailan, dia memuat naik satu video di mana dia menasihati masyarakat agar patuh kepada arahan PKP dengan menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa utama dalam ucapannya. Menurutnya, orang ramai perlu duduk dan berada di rumah sewaktu PKP ini melainkan mereka mempunyai wang RM1000 untuk membayar denda. Video tersebut juga dibuat atas saranan rakan-rakan artis.
Bercampur dengan masyarakat India
Menerusi laporan Harian Metro, pelakon berusia 62 tahun itu memberitahu bahawa dia fasih berbahasa Tamil sejak tinggal di kawasan estet dan bercampur dengan masyarakat India selama 10 tahun. Walau bagaimanapun, dia hanya mampu bertutur sahaja dan tidak boleh membaca serta menulis.
Saya bergurau dalam kumpulan WhatsApp artis berkenaan PKP dan Jalil Hamid kata, sepatutnya saya bercakap dalam Bahasa Tamil, manakala Rama (Ramasundram) cakap Bahasa Cina. Apatah lagi, Rama belajar di sekolah Cina dan dia memang pandai cakap. Jadinya, saya buat video ini semalam dan tak sangka apabila dimuat naik ke Facebook, dapat perhatian ramai pula.
Video berdurasi 35 saat itu telah mendapat lebih daripada 2k perkongsian di Facebook dan rata-rata netizen kagum dengan kemahiran pelakon tersebut.
Sumber: Lan Zailan & Harian Metro