Masih ingatkah korang dengan kanak-kanak comel yang menyanyikan lagu popular daripada Anuar Zain, ‘Sesucinya Cintamu’ yang pernah viral 15 tahun lalu. Mimik mukanya yang lucu ketika menyanyikan lagu tersebut berjaya raih perhatian netizen sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan di Youtube.
Terbaru, kanak-kanak tersebut kini yang sudah berusia 17 tahun masih lagi aktif menyanyi. Memang sedap suara, tak sangka pula sampai ke dewasa suka lagu Anuar Zain ye?
Pernah viral dahulu
Video kanak-kanak berusia 2 tahun 8 bulan ini menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatahnya. Selepas 15 tahun, kanak-kanak yang dikenali sebagai Intan Elis ini muncul kembali dengan lagu yang sama. Suara masih lunak merdu!
Suara sekarang
Pada 24 Oktober lalu, dia memuat naik video nyanyian semula lagu tersebut di Youtube mengubati kerinduan ramai. Sehingga kini video ini telah ditonton seramai 34 ribu orang. Dalam pada itu, adik Intan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya ketika dia masih berusia 2 tahun 8 bulan. Siapa sangka sokongan orang ramai 15 tahun lalu membuatkan dia masih lagi aktif menyanyi di media sosial miliknya.
Lagu lain adik Intan cover
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber : Intanelis