berita

Pernah Viral Suami Teruja Bakal Jadi Ayah, Ibu Muda Ini Pasrah Disahkan Gugur

January 6th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menginginkan zuriat yang akan menyambung keturunan mereka. Malahan, kehadiran, cahaya mati ini juga diibaratkan sebagai ‘penyeri’ dalam sesebuah rumah tangga.

Namun, ini kisah yang menyedihkan terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Nur Aisyah, dan video tersebut dikongsi di laman TikTok miliknya. Video tersebut menceritakan dia kehilangan anak yang dikandungnya akibat komplikasi yang terjadi.

Tak sabar tunggu anak!

 

Pada mulanya, pasangan itu berkongsi satu video yang menunjukkan mereka begitu ‘teruja’ menantikan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Namun, kegembiraan itu tidak berkekalan apabila wanita itu sekali lagi memuat naik satu video yang membuatkan ramai orang sebak!

Jantung sudah tidak lagi berdegup

 

Video kedua yang dimuat naik di laman TikTok itu, menceritakan kisah sedih itu bermula, apabila wanita itu membuat pemeriksaan di klinik berikutan berlakunya pendarahan yang banyak. Namun, hasil pemeriksaan doktor ketika itu, bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan yang baik.

Tetapi, pada esoknya, pendarahan yang dialaminya masih berlaku dan dia ketika itu terpaksa menahan sakit yang teramat. Susulan daripada itu, pasangan ini kembali ke klinik tersebut untuk melakukan imbasan rahim. Jelasnya, prosedur yang dilakukan untuk memeriksa rahim adalah sangat ‘sakit’, namun demi anaknya dia terpaksa kuat.

Paling menyedihkan, apabila doktor mengesahkan anaknya masih berada dalam kandungannya, namun degupan jantung bayinya tidak lagi berdegup seperti biasa.

Terima kasih sebab ada walaupun sekejap, mummy & daddy happy bila ada awak. Walaupun kita tak sempat nak berjumpa sekarang, InsyaAllah di syurga kita jumpa okayh? tunggu mummy & daddy tau! Bye Muhammad.

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen yang turut bersimpati dengan nasib pasangan ini dan turut mendoakan kesihatan mereka berdua.

Sumber: Nur Aisyah

SKIP THIS AD ×