berita

PERNAMA Laksanakan Inisiatif Penurunan Harga, Ringankan Kos Sara Hidup Warga Pertahanan

November 4th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: MINDEF

Atas kesinambungan daripada lawatan ke kem-kem dan pangkalan, Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) telah melaksanakan penurunan harga produk jualan di semua 93 kedai PERNAMA di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, penurunan harga yang ditawarkan adalah sehingga 48% bagi makanan dan barangan keperluan asas seharian manakala sehingga 90% bagi keperluan persekolahan anak-anak warga pertahanan. 

Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan seharian warga pertahanan

Kira-kira 200 produk jualan di kedai PERNAMA diturunkan harga

Kredit: MINDEF

Jelas Hishammuddin, beliau telah memberi masa selama sebulan kepada PERNAMA sejak bulan lalu untuk  memperincikan pendekatan agar harga produk di kedai PERNAMA boleh diturunkan lagi.

Beliau turut mengingatkan PERNAMA bahawa tujuan utama mereka berurusniaga dengan warga pertahanan adalah untuk membela  kebajikan, bukannya mengaut keuntungan semata-mata. 

Berikut merupakan harga antara produk makanan dan barang keperluan asas di  kedai PERNAMA selepas diturunkan harga:

  • Susu formula bayi RM21.49 (Kira-kira RM8.78 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)
  • Tuala Wanita RM3.09 (Kira-Kira RM1.71 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)
  • Sardin RM6.99 (Kira-kira RM1.64 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)
  • Tepung RM2.49 (Kira-kira RM1.00 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)
  • Beras 10kg RM25.00 (Kira-kira RM1.00 lebih murah berbanding harga purata pasaran semasa)

Dalam pada itu, PERNAMA turut mengambil kira arahan Hishamuddin dengan melaksanakan penurunan harga pakaian seragam sekolah pada harga hanya RM5.00 bagi seluar dan RM5.00 bagi baju. 

Untuk pengetahuan semua, inisiatif penurunan harga di kedai PERNAMA yang akan dilaksanakan sebagai Jualan Akhir Tahun ini berkuatkuasa serta merta  bermula hari ini sehingga 31 Disember 2022.

Kredit: MINDEF

Hishammuddin turut mengingatkan PERNAMA supaya memastikan barang-barang yang diturunkan harga ini mempunyai stok yang mencukupi supaya warga pertahanan benar-benar dapat merasai penjimatan ini.

Beliau turut berterima kasih kepada PERNAMA kerana bersama-sama dalam melaksanakan inisiatif ini dan mengalu-alukan lebih banyak pihak untuk membuat perkara yang sama.

SKIP THIS AD ×