berita

Perogol ‘Paling Teruk’ Dibebaskan, Mangsa Rogol Kongsi Pengalaman Ngeri Detik ‘Dipancing’ Selva Kumar

February 8th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

1

Berita kepulangan perogol bersiri Selva Kumar Subbiah mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Kami pasti ramai takut dan rasa tak selamat lepas ni kerana lelaki yang merogol hampir 1000 wanita ni sudah dibebaskan. Bukan tu sahaja, sebelum merogol mangsa Selva masukkan dadah dalam minuman dan seterusnya merakam gambar bogel wanita.

Susan Chapelle, salah seorang mangsa rogol Selva menceritakan pengalaman ‘ngeri’ dari saat dia bertemu Selva. Susan juga beri amaran kepada semua terutamanya untuk kaum wanita bahawa Selva sememangnya seorang yang ganas dan berbahaya.

‘Selva masih berbahaya..’

Screen Shot 2017-02-08 at 12.18.46 PM

Susan jadi mangsa rogol Selva pada umur 21 tahun dan menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati. Menerusi Facebook Susan menulis;

Lelaki yang merogol saya telah pun dibebaskan. Penjaga penjara yang menjaga dia telah memberitahu saya bahawa Selva masih berbahaya dan akan mengulangi lagi perkara jahat yang pernah dia lakukan.

Untuk memuaskan nafsu Selva, dia akan berpura-pura jadi sebagai ejen peragaan atau penjual haiwan peliharaan eksotik, atau hanya tinggal di kedai kopi dan menjadikan wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto sebagai mangsa.

Terpedaya dengan iklan di surat khabar

Detik hitam Susan bermula apabila dia ternampak iklan menjual haiwan di surat khabar dan menunjukkan minat untuk melakukan pembelian. Mereka telah aturkan temujanji dan Selva datang untuk mengambil Susan. Selepas itu Selva telah menawarkan segelas wain di kawasan rumahnya.

Bila Susan bangun dari tidur, dia sedar bahawa skirt yang dipakainya sudah berada di posisi lain and ketika itu Susan rasa dirinya dalam keadaan teruk.

Saya tak tahu apa yang dah berlaku. Saya rasakan ia sesuatu yang sangat teruk. Tetapi dalam fikiran anda, anda fikirkan bahawa anda berada di rumah orang yang anda tak kenal, saya diberi segelas of wain. Anda fikir mungkin ada sesuatu disebaliknya..

Saya tak boleh memaafkan lelaki yang masukkan dadah, merogol, merakam gambar wanita bogel dan pukul dua orang isterinya

‘Dia sakit jiwa’

Screen Shot 2017-02-08 at 11.59.25 AM

Lebih dari 2 dekad yang lalu, Selva telah disabitkan kesalah dengan melakukan 75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan seksual terhadap lebih daripada 30 mangsa, empat di bawah umur, dan seorang remaja berumur 14 tahun.

Menurut peguam yang mewakili Canada Border Services Agency, dalam sebanyak 500 wanita, ia kemungkinan boleh mencecah sebanyak 1000 orang menjadi mangsa Selva.

Malaysia perlu faham bahawa Selva seorang tidak pernah serik dan akan mengulangi kesalahannya, dia juga merupakan seorang yang berbahaya.

Sementara itu, Brian Thomson, seorang pegawai bersara dan seorang pegawai penyiasat dalam kes Selva Kumar, percaya bahawa;

Dia sakit jiwa prolifik yang perlu disimpan di penjara untuk sepanjang hidupnya.

Sumber: Malaysian Digest

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×