Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq pernah menegaskan bahawa merokok di dalam kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil adalah dilarang sama sekali. Jika masih berdegil, muka si perokok akan dirakam dan disiarkan di skrin besar stadium.
Namun siapa sangka, masih ada lagi perokok yang berdegil dan merokok di dalam stadium. Seorang gadis, Aisyah berkongsi pengalamannya diganggu oleh asap si perokok yang tidak bertanggungjawab ketika menonton perlawanan bola sepak pusingan akhir, Malaysia menentang Vietnam.
Hancurkan pengalaman tengok bola di stadium
These are the rude meleis that ruined my stadium experience. Org duduk dlm stadium 3-4 jam tu sedut asap diorang sekali. The red cap guy in front of me have the audacity of scolding me like they have rights to smoke. Org lain keluar masuk nak smoke. These imbecile, no brains. pic.twitter.com/Oj4FPoFbYR
— Aisyah (@aisyarhan) December 12, 2018
Tweet beserta video yang berdurasi 28 saat itu jelas memperlihatkan sekumpulan lelaki merokok ketika perlawan berlangsung. Mereka seolah-olah tidak mempedulikan orang sekeliling dengan menghembus asap rokok.
Seorang dari mereka minta kawannya berhenti
Reaksi netizen
Sumber: Aisyah