berita

Perompak Kunci Pintu & Mangga Rumah Sebaik ‘Angkut’ Barang, Tong Gas Pun Kena Sapu!

May 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan kerajaan, ramai orang terperangkap di kampung halaman hampir dua bulan. Mereka tidak boleh merentas negeri ke rumah masing-masing sehinggalah dibenarkan kerajaan baru-baru ini.

Namun, kegembiraan pulang bertukar duka sebaik sahaja membuka pintu rumah. Seperti yang dikongsi Miza Mohamad, rumahnya menjadi mangsa rompak dan kerugian mencecah sehingga RM25k!

Tong gas pun kena sapu

Rumah dah lama kena aim. Pkp dekat 2 bulan di kampung, memang raya dorang dekat sini. Mesin basuh pun kena sapu. Paling terkilan barang kemas hadiah kahwin. 3 urat semuanya. Gelang satu tu putus, sebab tu tak pakai. Habis kena selongkar kain baju semua.

Tong gas pun dorang rembat. Coway lagi. Balik rumah dengan penat jem, Allah uji kami dengan ni. Meraung dekat situ terus.
Anak-anak tanya kenapa mama tak lipat baju, tak kemas rumah.. Allah.. aku mampu nangis je masa tu.
Terkilan dengan jiran-jiran yang pintunya hanya sedepa dari aku, tak dengar pape langsung. Polis cakap bukan sekali dia masuk, banyak kali duk punggah barang-barang.

Aku tak tahu nk cakap ape.TV, PS4, iron steam, tong gas, mesin basuh, barang emas 3 urat, jam G Shock, jam Guess, penapis air Coway. Semua licin. Nk buat susu anak pun tak boleh. Ya Allah kenapa manusia jahat sangat. Apa dosa kami diuji begini. Kami tak kuat. Bukan setahun dua kumpul nak beli semua tu. Sekelip mata orang ambik. Aku tak kuat.

Aku balik sebelum PKP lagi. Stranded dekat situ. Dah tak payah gaduh-gaduh dekat sini.

Buat macam rumah sendiri

Malah, ketika dihubungi Harian Metro, Miza Mohamad mendedahkan pencuri mengunci rumah seperti biasa sebaik sahaja masuk.

Selepas memecah masuk, pencuri kunci pintu dan mangga seperti biasa dan buat rumah kami seperti rumah sendiri.

Tambahnya, sebaik sahaja pulang dari Indonesia pada Februari, dia kuarantin diri di rumah selama dua minggu. Selepas tamat tempoh kuarantin, dia dan suami pulang ke kampung halaman di Kuala Krai untuk mengambil anak pada 15 Mac.

Namun, tidak sempat pulang ke ibu kota ekoran Perdana Menteri mengumumkan PKP pada 18 Mac.

Pencuri itu boleh kunci pintu dan mangga seperti tiada apa yang berlaku, sebaik membuka pintu saya nampak tapak kaki berlumpur di lantai dan televisyen yang dipasang di dinding hilang.

Memang pencuri seronok buat kerja dan masuk ke rumah saya banyak kali untuk mengangkat semua peralatan ini

Katanya lagi, dia tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak elok kerana dia ada meminta jiran mengambil gambar rumah. Namun, pintu rumah terkunci seperti biasa.

Jiran ada bagi gambar, saya boleh kenal pasti gambar berkenaan sama dengan keadaan saya tinggalkan rumah sebelum itu.

Ini berikutan pencuri mengunci semula pintu dan tidak membiarkan ia terbuka begitu saja.

Walaupun suami pernah mendapat notifikasi cubaan menceroboh permainan video miliknya namun diabaikan selepas melihat pintu rumah dikunci seperti tiada perbezaan semasa ditinggalkan.

Sumber : Miza Mohamad , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×