berita

Persembahan Bertenaga, Rasa Macam Di Dunia Lain- 10 Momen Epik Di Konsert Coldplay Yang Anda Akan Ingat Selamanya

April 10th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2017-04-10 at 1.32.50 PM

Beberapa minggu lalu di Singapura dan Manila, Filipina, minggu lepas band dari British, Coldplay teruskan jelajah konsert mereka di Stadium Rajamangala, Bangkok. Jumaat merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat Coldplay bukan sahaja di Asia, malah di seluruh pelusuk dunia. Yang datang dari Sepanyol pun ada tau.

Kira-kira 60, ooo orang yang hadir pada konsert Coldplay jumaat lepas. Apa yang boleh kami katakan, persembahan mereka memang sangat AWESOME! Tak menyesal beli tiket mahal-mahal sebab ini merupakan pengalaman sekali dalam seumur hidup yang tidak mungkin anda akan dapat lupakan buat selama-lamanya.

1) Terpaksa berpanas, beratur panjang antara puluhan ribu orang

giphy

Dalam seumur hidup, kami rasa konsert Coldplay ni paling ramai sekali orang yang datang. Nak dekat 60, 000 yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menyaksikan konsert ni. Jadi bayangkan dengan cuaca yang sangat bahang dan penas di Bangkok serta terpaksa bergelut dengan lautan manusia untuk masuk ke dalam Stadium Rajamangala.

2) Tapi feeling dah masuk ke dalam Stadium.. Wahh

Screen Shot 2017-04-10 at 3.37.28 PM

Tapi perasaan penat, lenguh, letih semua hilang sebaik sahaja kami masuk ke dalam stadium! Weh tak sabarnya!

3) Perasaan tak sabar nak tunggu Coldplay masuk ke pentas

tumblr_inline_nsl3jxriVT1rol1w1_500

Macam biasa, sebelum konsert sebenar bermula, akan ada lagu warm-up dimainkan serta persembahan pembukaan dari band yang kami sendiri tak tahu apa namanya. Bosan sikit tapi nak buat macam mana, kena la tunggu kejap. Huhu

4) That moment bila nampak Coldplay depan mata…

Screen Shot 2017-04-10 at 1.29.27 PM

Tapi bila nampak Chris Martin dan rakan-rakannya di atas pentas.. Memang bergema satu stadium menjerit kegembiraan. Akhirnya penantian kami berakhir!

tumblr_inline_of54ohz2xz1tzyw1j_500

5) Lighting, belon warna warni & macam-macam lagi elemen yang sangat epik!

Screen Shot 2017-04-10 at 1.29.11 PM

Apa yang membuatkan konsert ni epik selain dari persembahan padu Coldplay adalah lighting yang sangat lively, letupan mercun dan macam-macam lagi. Itu antara faktor kenapa penonton yang hadir pada malam itu pun rasa bersemangat.

Screen Shot 2017-04-10 at 1.28.22 PM

6) Tas tangan LED yang ternyata buat konsert lagi happening

???????? 07 • 04 • 17 #COLDPLAYBANGKOK #BAKAXCOLDPLAY

A post shared by AM:P (@bakamplifier) on

Haa, lagi satu tas tangan LED ni. Lampu LED ni akan menyala mengikut beat serta lagu yang dimainkan. Rasa macam kat dunia lain pula.

Screen Shot 2017-04-10 at 1.28.48 PM

7) Dapat nyanyi lagu Fix You dengan penuh perasaan

?????? bucket list ticked off @coldplay #Fixyou

A post shared by Kit Bencharongkul (@kitb) on

Lagu Fix You antara lagu dinantikan pada malam itu. Semua orang pada malam tu nyanyi dengan penuh perasaan. Bukan main lagi menjiwai lagu tu. I will try fix you~~~

Selain daripada Fix You, lagu seperti Yellow, Paradise dan Adventure Of a Lifetime juga dimainkan. Best gila wehh

orAQD

8) Persembahan yang sangat energetik, memang tak tahu penat

Turn your magic on! Post coldplay concert. Sorry tak boleh nak move on lagi ????#coldplaybangkok

A post shared by Mami Dians (@nursakinahsoleh) on

Tahukah anda selepas persembahan di Bangkok, mereka terbang ke Taiwan pula pada 11 dan 12 April. Selepas itu pada 15 dan 16 April di Seoul, Korea dan seterusnya di Jepun pada 19 April.

Walaupun tidak mempunyai masa yang banyak untuk rehat, tetapi persembahan mereka, terutamanya Chris Martin sangatlah bertenaga. Salute!

9) Larian epik dari Chris Martin

??? ?: @haniffhasan #fixyou

A post shared by @ashnordin_ on

Kalau anda perasan, kebanyakan konsert sebelum ni Chris Martin akan buat larian ‘trademark’ diatas pentas diiringi dengan letupan mercun diudara. Ya, kami dapat lihat semua itu didepan mata kami sendiri.

64b0

10) Terima kasih Coldplay!

Screen Shot 2017-04-10 at 3.48.01 PM

Apa yang boleh kami katakan ialah konsert ni merupakan konsert paling epik, paling best, paling happening pernah kami pergi. Memang tak menyesal beratur panjang, bergelut nak masuk dalam stadium, mandi peluh dan akhirnya dapat have fun pada konsert Coldplay.

Harap lepas ni Coldplay datang ke Asia lagi kerana kami pasti, ramai lagi yang tak berkesempatan ingin rasai pengalam itu. Terima kasih Coldplay!

dhMeAzK

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×