Penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul menerima standing ovation selepas menyampaikan lagu Aura dan Puas Sudah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Sedih Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain – ‘Tak Pernah Pula Lihat Penyanyi Lelaki Dibandingkan’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Hanya Tampilkan Gaya Bersesuaian Dengan ‘Aura’ – ‘Tampil Berbunga Tapi She Strong’
Persembahan power
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Menerusi siaran langsung di TV3, kedua-dua penyanyi tersebut menampilkan persembahan luar biasa yang berjaya memukau penonton. Kehebatan vokal serta kreativiti mereka di pentas AJL39 mendapat sorakan gemuruh dan standing ovation daripada penonton yang hadir Axiata Arena, Bukit Jalil.
Aina Abdul tampil mempersembahkan lagu Puas Sudah dengan penuh emosi, memperlihatkan keunikan gaya persembahannya yang sering menjadi bualan. Kali ini, Aina sekali lagi mencipta kejutan dengan mengenakan busana berwarna merah menyerupai bentuk jantung, simbolik kepada tema lagunya yang penuh penghayatan.
Sementara itu, Ernie Zakri pula memukau penonton dengan lagu Aura, bukan sahaja dengan vokalnya yang mantap tetapi juga kemampuannya bermain piano secara langsung di pentas. Persembahannya yang penuh emosi dan bertenaga menyerlahkan lagi keistimewaan lagu tersebut.
Menjengah di media sosial, rata-rata warganet terpegun dengan persembahan kedua penyanyi itu. Tidak dinafikan, persembahan yang ditunjukkan kedua-dua penyanyi itu membuatkan penonton kagum selain terpukau dengan suara mereka.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.
Sumber: Twitter