berita

Persis Watak ‘Vision’ Dalam Marvel, Penyanyi Rap Cetus Kontroversi Tanam Berlian RM97 Juta Di Dahi

February 18th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini penyanyi rap terkenal Lil Uzi Vert cetus tanda tanya apabila memasang implan berlian merah jambu yang bernilai $24 juta USD bersamaan RM97 juta di atas dahinya. Rata-ratanya merasakan tindakan penyanyi tersebut tidak masuk akal dan ini penjelasan beliau sendiri.

Konon nak pakai di cincin

Menerusi IGTV secara langsung bersama Fat Joe,  Lil Uzi Vert dia menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah normal dan tidak mencederakan orang lain. Dia kongsi kisah bagaimana ketika pertama kali dia jatuh hati melihat batu berkilau besar dari Eliantte & Co dan tertarik untuk meletakkannya di cincin.

Namun selepas ditanya harga, dia kemudian terkejut kerana terlalu mahal sehinggakan dia takut untuk meletakkan di cincin kerana bimbang akan hilang. Kemudian dia membuat keputusan untuk meletakkan cincin tersebut di dahinya.

Saya terkejut melihat harga tersebut. Jadi $ 24 juta USD untuk cincin adalah idea paling bodoh kerana saya akan melihat ke bawah dan cincin mungkin akan tiada. Saya kenal diri saya sendiri bagaimana.

Tambahnya lagi dia cuma ingin kelihatan unik dan berlian merah jambu tersebut tidak kelihatan seperti tindikan tradisional yang lain. Penyanyi rap tersebut memberitahu pada awalnya dia tidak fikir untuk tampal ke dahinya walaupun ramai menentang keputusannya. Namun dia malas ingin fikir apa yang orang lain fikir.

Jangan fikir orang dan marilah dapatkan wang untuk membelinya. Walaupun ramai orang membantah dan mengata saya tidak siuman tetapi saya tidak kisah.

Saya kelihatan hebat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAT JOE (@fatjoe)

Mengakhiri perbualan tersebut, Fat Joe dan Lil Uzi Vert membincangkan 27 Club yang terkenal, nama sekumpulan pemuzik yang meninggal pada usia 27 tahun sebelum Uzi mengatakan bahawa dia perlu pergi bekerja untuk muzik terbarunya. Malah dia turut menekankan untuk menjadi diri sendiri dan berbeza dari orang lain.

Saya mahu jadi orang lain, dan ini hebat. Apabila saya lihat diri saya dengan berlian di dahi. Ini kelihatan sangat bijak dan hebat!

Perubahan terbaru penyanyi rap tersebut disokong oleh orang ramai selepas mendengar penjelasan tersebut. Rata-rata setuju dengan tindakan yang unik itu.

Sumber : Hypebeast

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×