![[VIDEO] Adik Menangis Terharu Noor Kartini Hadiahkan Sebuah Kereta – ‘Terlalu Banyak Pengorbananmu Yang Tak Terbalas’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/noor-kartini-222.jpg)
Usahawan Datin Noor Kartini membuat kejutan untuk adiknya dengan menghadiahkan sebuah kereta berjenama Honda.
Artikel Berkaitan: Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Noor Kartini Waktu Muda – ‘Patutlah Anak-Anak Cantik’
Artikel Berkaitan: ‘Kadang Syait*n Yang Berupa Manusia Cuba Ganggu Kebahagiaan Orang’ – Noor Kartini
Hadiah kereta
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Intagram, kelihatan Noor Kartini sedang memandu sebuah kereta menuju ke rumah adiknya yang dikenali sebagai Noor Intan.
Noor Intan kemudian tidak dapat menahan air mata ketika Noor Kartini memberikan kunci kereta tersebut kepadanya.
Pada ruangan kapsyen, Noor Intan meluahkan rasa terharu mengenangkan jasa dan pengorbanan kakak tercintanya itu.
Kakakku tersayang, terlalu banyak pengorbanan dan pemberianmu yang tidak pernah terbalas.
Dari kecil hingga kini, kakakku yang selalu menjadi sumber kasih sayang dan rezeki buat kami adik-beradik.
Hadiah kereta ini hanyalah salah satu dari berjuta bukti betapa besarnya hatimu.
Semoga Allah melapangkan lagi rezekimu, melindungimu dalam setiap langkah, dan mengangkat darjatmu setinggi-tingginya.
Adik hanya mampu berdoa agar kasih sayang ini kekal sampai syurga.
Dalam pada itu, Noor Intan juga menyifatkan anak-anak Noor Kartini sebagai insan yang pemurah kerana sering berkongsi rezeki dengan keluarga.
Tini seorang kakak yang baik hati, sebab itu anak-anak semua baik-baik. Masha-Allah sama dengan hati budi Tini.
Tiada sorang pun yang kedekut dengan mak saudara ini, Masha-Allah sama saja kasih sayang mereka pada kita Alhamdulillah.
Rezeki kita semalam Bella (Nabila) bawa naik private jet sama-sama balik dari Langkawi, hari ini dapat kereta pula. Rezeki Allah bagi.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap murah hati ibu kepada selebriti terkenal Neelofa itu kerana sering membantu keluarga.
Sumber: IG Noorintaz








