Rezeki, jodoh, ajal dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Nuna berkongsi kisah mengenai kejadian yang menimpa keluarga mertuanya di saat dia dan tunang sedang menghitung detik untuk disatukan.
Menurut Nuna, ibu mertuanya telah meninggal dunia iaitu sehari sebelum dia dan suami bernikah akibat kemalangan jalan raya.
Ujian yang hebat
Nuna memberitahu tarikh pernikahan mereka bakal menyimpan banyak kenangan. Tambahnya, dia tidak menyangka bahawa tarikh tersebut bakal menjadi tarikh paling sedih buat mereka terutamanya keluarga suami. Pada malam sebelum majlis pernikahan, Nuna dan suami sepatutnya bertunang terlebih dahulu, namun hasrat ibu mertuanya untuk menyarungkan cincin tidak kesampaian kerana telah dijemput Ilahi terlebih dahulu.
Mati itu pasti
Di akhir perkongsian tersebut, Nuna memohon agar sesiapa yang membaca perkongsian yang dibuat dapat sama-sama menyedekahkan al-Fatihah buat ibu mertuanya.
Sumber: Nuna